salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Thursday, October 23, 2008

it's my birthday...I'm a birthday girl!!!





salamz........

pada usia 9 tahun, beralih ke 10 tahun
aku belum berasa apa-apa lagi

dari angka 19 tahun berubah ke 20 tahun
ada gembira di hati
kerana berasa melangkah ke alam dewasa
namun hiba tetap terasa
meninggalkan alam remaja
dewasa tetapi tua??
hari jadiku itu
tiada lagi angka satu...!


29 menganjak ke angka 30 tahun
hiba menjadi ngeri
bagai sudah mendekati mati
cuak dan celaru dalam diri
berapa lagi usia berbaki?
sikap ini...payah untuk diasuh lagi
sudah sebati, bagaimana mahu diadili nanti?


dan...
pada usia aku kini
hanya satu hadiah hari jadi
sempurnakanlah ibadahku, wahai Tuhanku.



saya hairan mengapa orang begitu gembira menyambut hari jadi,
sedangkan mereka patut tahu, setahun usia bertambah,
maka kian singkat masa untuk hidup. apakah pengisian hidup mereka yang membuatkan mereka begitu gembira meraikan hari lahir. Allah, putih hati aku menyerah diri......



rumah terbuka satu budaya?


Assalamualaikum, apa khabar pembaca di luar sana? Bertemu lagi buat kesekian kalinya dalam syahdu Aidilfitri yang kian berada di penghujungnya. Maaflah kerana BS lewat terbit sementelah motivasi kerjapun seperti berada si penghujung juga, bagai Aidilfitri yang kian berlalu.
Seminggu dua ini, rancangan untuk balik kampung atau berjalan keluar dari negeri Pahang ini harus ditunda akibat diari yang penuh dengan jemputan rumah terbuka di sana sini. Kebanyakannya kenalan rapat dan rakan sekerja, tidak pergi serba salah juga.
Hendak diulas di sini, rumah terbuka kini seolah-olah menggantikan budaya kunjung mengunjung pada 1 Syawal. Usaha tuan rumah meraikan rakan taulan yang tidak bersama-sama semasa minggu pertama memang dipuji. Cuma yang tidak sedapnya, ada pula tuan yang rumah yang bertanya: “tiap-tiap tahun kau asyik datang rumah aku saja, bila pula aku boleh datang ke rumah terbuka kamu?”
Rasa hendak dilempar saja juadah yang dimakan ke muka tuan rumah yang sebegitu rupa. Ini hendak menjamu dan meraikan rakan-rakan, atau sengaja hendak menunjuk-nunjuk? Tidak datang nanti, bertanya-tanya pula. Datang setiap tahun, begitu pula reaksinya. Apa pula agaknya ulasan untuk teman-teman yang tidak mengadakan rumah terbuka, ya?
Kepada saya, inilah buruk baiknya rumah terbuka apabila kian membudaya dalam masyarakat Melayu. Seolah-olahnya, hari lain sudah tidak boleh bertandang pula. Jika tujuannya untuk mengeratkan silaturahim, makanya usaha tuan rumah itu sangat digalakkan. Peruntukan pula ada, apalah salahnya meraikan teman-teman. Cuma, jika niat itu terpesong, sia-sia sahaja berhabis wang dan berpenat lelah.
Bagi saya, rumah saya sentiasa terbuka untuk saudara mara dan teman-teman. Datanglah dan kita makan juadah yang ada. Memang adat orang Melayu terutamanya di Pantai Timur ini, kehadiran tetamu akan dirai sebaik-baiknya. Datanglah tidak kira masa, paling tidak mesti menjamu nasi berlauk.
Adakalanya kehidupan di bandar menjadikan saya begitu rindu terhadap suasana desa. Kalau dahulu, waktu petang adalah masa berbual ringan bersama jiran dan rakan-rakan. Selalu juga saya merungut kepada suami, di manalah saudara-mara, rakan taulan pada hari minggu begini, tidak mahukah datang ke rumah kita. Saya ini suka memasak dan menjamu orang, cuma kediaman kami yang mempunyai ruang yang agak terhad ini yang membataskan segala hasrat. Takkan hendak menyewa hotel pula, ya?

usahlah sejengkal jadi sedepa

assalamualaikum.

akhirnya, setelah bisik2 menjadi cakap2, HM kami pun bertukar ke SMK yang sgt dibangga2kannya. iyalah... menurut rakan2 yg pernah bersua dgn beliau di mana2, ceria sungguh bekas HM bercerita tentang sekolah baru beliau yang serba bagus.

well... baguslah utk beliau yg menurut empunya diri, sudah melalui cabaran hebat di tempat lama. he he he...rileks lah beb!

cuma yang tak sedapnya, cerita 'masam' yang kami dapat dari beberapa informer yg boleh dipercayai. janganlah begitu, yang sudah tu, sudahlah. dalam setandan kelapa, tentu ada sebiji dua yang 'komeng'. jika ingin menjual sesuatu, takkan kita nak 'highlight'kan barang yang buruk, kan? kelemahan ada di mana2, kesilapan adakala tidak dapat dielakkan, tapi jangan jadikannya sebab untuk berpatah arang berkerat rotan.

bak kata senior di sini, keburukan dan kesilapan itu jika diperkatakan di belakang, jadi mengumpat....dan jika ditokok tambah perkara yg tidak benar pula, yang sejengkal jadi sedepa..bimbang menjadi fitnah pula. bagaimana?

Popular Posts