SALAMZ...... Rasa rindu untuk mencatat di sini sudah lama membekam dalam diri. Namun, kesibukan seharian seolah-olah 24 jam yang dianugerah bagai terbuang begitu sahaja. Begitupun, dengan sedikit 'arrangement', pada minggu ini biarpun bekerja 6 hari seminggu, saya berjaya meluangkan kurang lebih 30 minit setiap hari melakukan aktiviti paling saya gemari -- membaca.
Setiap bulan sekurang-kurang ada tiga naskhah majalah dan dua buah buku menunggu untuk ditelaah. Adakalanya membawa ke bulan hadapan, saya masih mencari masa untuk koleksi kegemaran saya. Belum lagi tiga jenis akhbar hujung minggu yang adakalanya bertimbun hingga sebulan sebelum benar-benar berkesempatan membaca.
Minggu ini pula sudah bermula Pesta Buku di PWTC. Saya benar-benar berharap agar bertemu dengan naskhah Warkah dari Eropah, surat Datuk A. Samad Said yang dibukukan. Dulu saya memilikinya sebuah, kecuaian menyebabkannya tercicir entah di mana.
Saya memang hantu buku. Mendiami rumah keluarga, saya memperuntukkan lebih RM1000 menyediakan kerusi goyang kayu jati dan dua rumpun pokok pasuan jenis palma serta juntaian periuk kera di ruang membaca saya. Begitulah... ruang sudah ada, rak juga tersedia dengan bukunya, masa saja perlu disusun lebih teratur.
Oh, paling menarik dan mencabar pertengahan April ini, saya secara tidak sengaja (sebenarnya atas rasa kesedaran dan tanggungjawab juga), memberitahu bos bahawa saya sudah bersedia menyiapkan sebuah majalah tahunan! SEMILIR Edisi 13, 2009 sedang giat menjalankan penggambaran dengan konsep Santai, Mesra dan Berinformasi.
Oh, terpaksa berhenti di sini.
sis_fazi
salam kasih sayang berpanjangan...
Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."
"It's good to know something new."
Wednesday, April 15, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
2 Ogos 2013@10.15 pagi -- Hari lahir Audra Zarish binti Rusli. Ceritanya lain kali, setelah berehat seharian, ibu dan baby sama-sama kepen...
-
hi there... saya ni memang suka benar memasak terutamanya kek. sampai sanggup beli mixer jenama Kenwood yang ribu-riban tu. sekarang tenga...
-
Sejak-sejak kek coklat mendapat penjenamaan semula sepuluh tahun yang lalu (saya rasa di luar negara kek ini merupakan pencuci mulut yang...
-
Masya-Allah, hampir dua tahun rupa-rupanya tak ber'blog', terkejut melihat new look dashboard blog aku!!! Mujurlah terjumpa 'vie...
-
Hi there... Seronoknya dah dapat menguasai teknik mengadun kek yang betul. Sepanjang minggu ini, saya menghasilkan tiga biji kek! Kek Cokl...
-
Assalamualaikum, salam Ramadan... Hamboi, sungguh lama tak berjumpa na...! Sibuk apa tak tau la... Pesan kak Zana, jangan salahkan anak k...
-
hi there... semalam macam lupa diri apabila masuk ke kedai bakery yang baru dibuka. cekap saja tangan mencapai peralatan bakeri termasuk b...
-
Kewajipan seorang Muslim Solat lima waktu... Kudengar merdunya suara azan Berkumandang melaungkan seruan sembahyang Memenuhi kewajiban ...
-
Aduh, mental sikit kepala mendengar jeritan si kecil Audra yang dapat kemahiran baru menggunakan suaranya! Jerit. Alahai, baby! Wel, well,...
-
Tersangatlah tak sangkanya, dah berbulan-bulan tak menjenguk blog sendiri, ada juga geng yang sudi singgah ya. Jadi bersemangat pula nak men...