salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Wednesday, October 20, 2010

Hadiah untuk Isteri

Hari ini masuk minggu terakhir bulan September. Hujan begitu lebat bagai dicurah-curah dari langit ketujuh. Angin ribut berputar tidak keruan, seakan-akan ingin menyapu bersih umat manusia dari bumi. Biar bumi suci bersih bagai dilahirkan semula. Pokok sabun di depan rumah melentur kiri kanan diarah angin kencang. Hujan lebat sungguh.
Namun, berehat di dalam rumah teres tiga bilik unit tengah ini, hujan ribut atau salji turunpun barangkali tidak akan mengubah suhunya. Panas dan rimas. Lebih rimas apabila menghitung hari memikirkan bulan Oktober yang tetap tiba walau tidak ditunggu.
Tekak Asdi ingin benar menjamah rokok waktu-waktu hujan begini. Namun, dia mematuhi peraturan yang digubalnya sendiri -- dilarang merokok di dalam rumah. Diluar tidak mengapa waima tiga kotak sekali gus!
Tingkap dibuka luas mempelawa angin kencang yang sejuk masuk mendinginkan sedikit ruang rumah. Dia menikmati tempias hujan yang masih mengguyur turun dari langit semesta. Hati, tenanglah, pujuknya.
Lapan belas tahun selepas melafazkan nikah dengan isteri yang sangat disayanginya, kasih sayangnya kini tercabar. Kalau dulu Nisah isterinya yang gempal itu rela bermadu dengan batang pancing dan kolam ikan, kini sudah bersuara sedikit-sedikit. Perlahan-lahan dan sangat meresahkannya.
Nisah sudah mula menyebut-nyebut nama bekas kekasihnya yang sebelum ini tidak pernah mendapat tempat dalam perbualan. Adakala Nisah melalut sampai menyebut nama Yusry KRU yang tidak pernah ditemui, malah sudah berusia begini berasa malu pula menyebut nama artis popular.
Nisah isteri yang baik. Memang suara Nisah tidak pernah perlahan kalau menguruskan keperluan dan tingkah laku anak-anak. Memang Nisah cepat membentak kalau dapur berkecah apabila sesekali Asdi turun menggoreng ikan bilis. Memang. Dia sudah lama maklum, sudah lama menerima kekurangan Nisah yang bukan kekurangan sebenarnya, lebih dianggap kemanisan dalam hidup berumahtangga mereka berdua.
Matahari bersinar terik, selepas semalaman bumi basah berlecak disiram hujan yang menggila.

upss... iklan sat. ada tetamu la datang waktu saya sedang berkarya :)

Monday, October 18, 2010

"Abang Tak Tahu, Mama."

"Roti tak ada, mama. Dah habis," perlahan dan dalam renungan comel yang menyembunyi resah, Zikry menghulur sedikit kepalanya di jeniang pintu. Agaknya bersedia untuk mengelak kalau-kalau Mama bertindak pantas mendaratkan penamparnya di pipi mungil itu.

"Tak ada tak mengapalah. Mana duitnya?" Suara lembut Mama tidak menyusut resah, malah menambah rasa bimbang. Biasalah kalau sudah bersalah.

"Duit tak cukup, Ma. Tercicir seringgit." Mata membulat bersinar menentang wajah Mama yang mengesan sesuatu. Tangan menghulur RM2 dan kaki selangkah mundur.

"Hilang seringgit, Ma." Sekali lagi bersuara perlahan. Buat apa pula 'ni - Mama menebak.

"Zikry buat apa dengan duit Mama?" Geleng.
"Tidak buat apa-apa."

"Cakaplah..." Desakan Mama sudah tidak dapat dielak. Lari bermakna tubuh akan sakit disinggah rotan plastik yang tersimpan di atas almari. Terus menunggu bererti menyerah diri untuk dihukum juga.

"Zikry beli aiskrim." Riak wajah si kecil enam tahun itu bertukar tona, bersedia membela diri. Tubuh kerdil bergetar dalam siaga kerana terlalu rutin dihukum dan disakiti. Kali ini perlu bersedia juga.

Mama terkesima, diam berfikir. Tidak terus bertindak seperti biasa, pantang melihat kesilapan anak kecil itu, hukum dulu. Menimbang kemudian.


adoi... sakit kepala kalau mendesak idea waktu2 tengah hari yang menyengat begini. nanti la akak sambung, ya dik....... :)

Popular Posts