salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Sunday, September 26, 2010

Kitar Semula -- Fragmen 2


Apa sudah jadi dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam merealisasikan kempen kitar semula? Berjalan atau sudah terkubur?

Dalam tempoh lebih kurang empat bulan, keluarga saya menghasilkan satu beg plastik besar sampah dalam bentuk botol kaca, tin-tin dan plastik. Saya mengumpul dan mengasingkan antara sampah basah untuk dijadikan baja, sampah yang benar-benar perlu dibuang dan bahan yang perlu dikumpul untuk dibuang ke dalam tong sampah kitar semula.

Sepanjang perjalanan dari bandar Kuantan ke Persimpangan Lebuhraya Gambang - Segamat, saya menemui hanya dua lokasi yang menempatkan tong sampah kitar semula iaitu di dua stesen minyak. Tidak mengapalah kerana saya hanya ingin membuang satu plastik sahaja barangan kitar semula.

Malangnya, tong sampah di kedua-dua lokasi itu tidak digunakan dengan betul. Menjenguk ke dalamnya, pelbagai jenis sampah dibuang ke dalam tong-tong tersebut, malah pengusaha stesen minyak menyumbat kotak-kotak dan sampah lain sesuka hati mereka saja ke dalam kesemua tong. Saya sungguh kecewa dengan keadaan ini. Nampaknya, majoriti kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan menemui kegagalan. Perkara yang sebegitu mudah menjadi satu bebanan untuk orang ramai melaksanakannya. Rugilah...

Kitar Semula -- Fragmen 1

Pernahkah anda terfikir untuk mencapai beg guna semula (recycle bag) setiap kali melangkah keluar untuk pergi membeli-belah atau semasa sengaja 'window-shopping'? Itulah amalan saya setahun dua ini dan situasi yang dilalui adakala melucukan, tidak kurang begitu jengkel untuk dihadapi.

Semalam ketika membayar untuk sekotak piza panas, saya menolak sekali lagi beg plastik yang mereka gunakan dengan memberitahu saya membawa beg sendiri.

"Tak kena bayar, kak," cemas suara juruwang apabila saya menolak beg plastik yang membungkus piza itu.

"Kakaklah pelanggan pertama kami yang menolak beg plastik," beritahu pelayan restoran itu. Disebabkan dia menegur sambil tersenyum, saya mengambil peluang memberi taklimat pendek tentang kebaikan kitar semula. Dahinya berkerut sedikit membayangkan kesukaran untuk bersama-sama menjana sikap prihatin sebegini, manakala juruwang kelihatan agak hairan memandang saya.

Membeli-belah di Giant Supermarket dan membungkus menggunakan beg sendiri mudah kerana mereka faham malah menyokong kempen kitar semula. Sejak beberapa bulan ini, caj RM0.20 dikenakan bagi setiap beg plastik yang diberi kepada pelanggan yang membeli-belah pada setiap Sabtu. Sampai begitu sekali mahu memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan kitar semula.

Namun, mengecewakan apabila ada pasar raya yang tidak mengenakan caj tersebut bagi setiap beg plastik yang diberikan kepada pelanggan pada hari Sabtu. Ada juruwang yang terus memberitahu, "walaupun hari ini Sabtu, kami tidak caj untuk beg plastik, kak."

Malah, masih ada pekerja pasar raya yang mendesak saya menerima beg plastik mereka kerana bimbang dimarah oleh pihak pengurusan. Sungguh cetek pemikiran pemilik dan pihak pengurusan pasar raya dalam soal penggunaan beg guna semula, bukan susah pun! Mereka lebih untung sebenarnya kerana tidak perlu menyediakan beg plastik untuk pelanggan mereka.

Saya mengambil tahu kesan sampah-sarap dan plastik terhadap alam sekitar, dan menjadi satu kegembiraan apabila kita bertindak betul. Saya kerap membawa bekas sendiri ketika membeli kuih untuk sarapan, malah ketika membeli nasi lemak atau mi goreng juga. Sepanjang Ramadan, sesekali ke bazar Ramadan, saya membawa bekas sendiri dan seronok melihat ekspresi wajah peniaga atau pelanggan lain melihat saya menghulur bekas untuk mengisi makanan yang saya beli. Menjadi satu kepuasan apabila kita boleh memperlihatkan contoh kepada orang lain walaupun orang melihat kita sebagai pelik, tidak kurang menunjukkan rasa kurang senang. Biarlah...

Thursday, September 23, 2010

DI MANAKAH RASIONALNYA?

Hey guyz... ada satu situasi yang rasanya harus dikongsi untuk melegakan 'kerawang atma'ku. Isu kecil sahaja tapi cuma menjadikannya sebagai satu gangguan untuk mood ceria Aidilfitri tahun ini.

Apabila mertua disahkan kanser paru-paru dan perut tahap 4 pada Mac lalu, kami sekeluarga berusaha mendapatkan rawatan alternatif kerana rawatan hospital hanyalah sekadar morfin sebagai ubat tahan sakit paling kuat; dan kaunseling untuk pesakit dan keluarga. Kami akur dengan penerangan doktor bahawa sebagai waris pesakit, pilihan kami hanya terhad kepada menghabiskan sisa waktu yang ada dengannya.

Dalam pada ke sana sini memenuhi keperluan rawatan alternatif, ada pihak yang memberikan sedikit sinar harapan apabila memeperkenalkan satu pusat rawatan Islam di Ipoh. Sejauh itu kami pergi untuk mendapatkan rawatan, 'when it comes to the payment', syarat yang diberi ialah sepotong ayat :"kalau lambat bayar, pesakit lambat sembuh" dalam keadaan kami menerima resit bayaran RM3500!

Saya tidak pernah berkira tentang duit ringgit, namun sepotong ayat itu cukup membuatkan persoalan timbul. Mengapa ada syarat begitu, mengambil kesempatan atas kesulitan dan keadaan kami yang terdesak ini? Sampainya hati...

Keadaan mertua tidak berubah, 'more worst actually', namun keluarganya melihat abah boleh berbual walaupun tidak boleh bergerak sebagai perkembangan positif.

Pendapat doktor yang berdasarkan petunjuk-petunjuk hasil ujian klinikal, biasanya selari dengan kehendak takdir Ilahi. This is fact, accept it, things 'll become better, I think. You?

Penyudahnya, janji Abah dengan Allah tetap tiba. Mungkin disebabkan tidak pernah menjaga pesakit yang terlantar, penjagaan kebersihan Abah agak terabai menyebabkan organ termasuk jantung tidak berfungsi akibat jangkitan kuman. Beliau meninggal dunia kerana menanggung kesakitan akibat kanser dan serangan kuman dalam darah dan organ.

Tinggallah anak-anaknya meneruskan kehidupan mengikut acuan fikiran dan kepercayaan mereka yang telah menggugat silaturahim antara saya dan mereka... Sungguh mengecewakan :(

Popular Posts