salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Monday, December 20, 2010

Aku, buku dan sepi...

ngeh...ngeh...ngeh... (ketawa sempoi orang sekarang).

Akhirnya, tersadai di belantara indah berkabus ini, saya berpeluang menelaah sebanyak-banyaknya buku dan majalah setelah usai tugasan berat sepanjang dua minggu lepas. Majalah SOLUSI sudah tiga keluaran tidak terbaca, akan diselesaikan malam ini. Juga sebuah karya Faisal Tehrani, Adventure Si Peniup Ney; percubaan pertama saya membaca novel beliau meskipun sudah lama mendengar nama dan membaca profilnya.

Begitupun, saya menyediakan beberapa naskah Hayati Berahim dan biografi Tun Dr. Ismail -- saya bimbang bosan dengan naskah Faisal Tehrani! Betapa prejudisnya saya kepada para penulis pascamerdeka hari ini. Maafkan saya, saudara penulis besar. Mungkin saya memilih naskhah yang betul yang mampu membuatkan saya terpikat untuk menjadikan tulisan beliau koleksi peribadi pula.

Sunday, December 19, 2010

Banyak Jenis Fobia

Mila semasa rawatan lelah di klinik. Kasihan kakak :(
PLOT 1
Saya memang fobia memandu laju selepas membuat semakan saman trafik kerana sepanjang 2006-2010, saman yang belum saya langsaikan berjumlah RM1050.00!!! Hello, sebanyak itu boleh lunch di Pizza Hut 15 kali tahu, atau boleh shopping di Ariani dan bawa balik tujuh lapan helai tudung premium yang eksklusif itu... atau boleh juga dapat paling kurang sebuah beg tangan jenama Guess yang menggoda jiwa raga. Siapa kata RM1000 tidak banyak? Atau kalau anda orang kaya, sebanyak itu sudah boleh dapat tiket MAS pergi lunch ke Beijing, ahaks....

Makanya, selepas menyelesaikan saman tersebut (terima kasih dan sekalung budi kepada Ketua Trafik Negeri yang sangat tegas dan garang!), saya masih fobia hingga sekarang. Jadilah saya memandu di sepanjang highway Kuantan-KL itu dengan kelajuan rewang -- istilah kami adik-beradik apabila sesekali balik dan meronda sekeliling kampung.

Bahaya juga, saya hampir terlelap beberapa kali kerana memandu perlahan 80km/j sambil dibuai melodi retro sepanjang perjalanan itu. Macam ini bila nak sampai? Kadang-kadang hati menggerutu juga. Namun, terbayang lima salinan saman, rasa serik menjadi pemenang. Saya tidak pernah serik sebegini.

PLOT 2
Sudah kerap juga saya terserempak dengan kemalangan jalan raya. Kali pertama sewaktu saya di sekolah rendah. Mangsanya patah-riuk, dan dikerumuni orang ramai. Waktu itu saya melihatnya tanpa perasaan apa-apa, manakala teman saya ketawa besar. Kali kedua kereta yang dipandu oleh suami melalui kawasan kemalangan dan saya sempat melihat sekujur tubuh ditutupi akhbar. Sudah tentu mangsa itu telah meninggal dunia. Melihat mangsa yang ditutup akhbar ini, kerap juga terserempak dan setiap kali itulah hati tetap berdebar-debar. Ngeri.

Manakala melihat kemalangan mamat penunggang motosikal yang terbabas dan tertonggeng di dalam semak, baru sekali. Itupun dia selamat keluar dari semak dan tersengih-sengih malu. Terbaru, empat lima bulan lepas semasa kami sekeluarga berkereta dan hendak 'u-turn' ke sebuah restoran, seorang lagi mamat bermotosikal terbabas ke atas bahu jalan. Tidak sempat kami keluar kereta, dia sudah bangun menyelamatkan motornya. Kasihan juga walaupun suami menuduh dia Mat Rempit-- memandu laju di tengah-tengah kesibukan bandar.

Sementelah adik ipar saya sendiri meninggal dunia kerana cedera parah akibat kemalangan ngeri, saya semakin terbiasa dengan berita-berita kemalangan di negara ini... hinggalah suatu senja nan permai itu.....................

PLOT 3
Sehabis memasukkan bagasi dan segala keperluan selama tiga hari, selesai juga memeluk cium putera puteri kesayangan, saya berangkat semula ke sebuah pekan kecil yang sesaknya macam ais dalam gelas sahaja. he he he... Apa tidaknya, perjalanan kiri kanannya dirimbuni hutan rimba, sesak dan 'traffic jammed' hanya sekitar 500 meter dalam pekan. Lucu sungguh, dan menyakitkan hati juga.

Petang yang redup, sesekali gerimis membasahkan cermin depan kereta.... dan suhunya, oh, sejuk! Saya memang alah dengan cuaca dingin, sebab itu saya tidak berpindah ke Eropah. Lebih-lebih lagi sekarang Eropah diselimuti salji tebal, oh, memang lemah sungguh kalau begitu!

Saya memandu sambil mata sesekali mengawasi meter kelajuan kereta, bimbang terlepas angka 110km/j. Penat juga kaki mahu mengawal tekanan minyak, kes fobia yang belum sembuh sepenuhnya. Dalam melayan angan-angan sambil menikmati panorama alam yang sungguh mengagumkan, bukit-bukau berserta kabus petang, seorang mamat bermotosikal sudah terpelanting dan terseret atas lebuh raya betul-betul di depan kereta saya.

Kalaulah... kalaulah... diulang, kalaulah dia terhumban ke tengah lebuh raya, tentu saja dia akan 'landing' di bawah kereta saya! Mujurlah... dan saya hanya ternampak motosikalnya melongsor ke arah kereta saya, namun saya terlajak ke depan sejauh lebih kurang 15 meter. Cepat-cepat saya memberhentikan kereta, berkejar ke arahnya. Dua tiga buah kereta turut berhenti. Saya mengutip topi keledar dan melihat si mamat sudah bangun tetapi begitu panik dan terkejut -- sama macam saya yang juga panik dan menggigil cemas.

Memang majoriti pemandu di negara kita masih prihatin jika terserempak dengan kemalangan. Masih ramai yang sudi berhenti dan memberikan pertolongan. Cuma, saya ingin menasihatkan anda yang terserempak dan menjadi saksi awal sesuatu kemalangan, hadkan soalan-soalan anda kepada mangsa. Elakkan bertanya dari mana hendak ke mana? Atau, buat apa hendak ke sekian sekian... Tanyalah perkara asas sahaja. Kasihan si mangsa yang sudahlah terkejut, kesakitan pula, panik lagi, dan perlu menjawab soalan-soalan ingin tahu anda, tetapi tidaklah pentingpun.
Saya orang pertama sampai ke arahnya menyuruh dia duduk dahulu dan bertenang walaupun saya sendiri sungguh 'gabra'. Seorang dua tolong mengutip barang-barangnya termasuk telefon bimbit. Seorang dua lagi menghubungi petugas lebuh raya. Tidak kurang ada yang menelefon. Bukan menelefon polis atau ambulans, tetapi menelefon seseorang lain memaklumkan bahawa dia terserempak kemalangan! Boleh macam tu? Atau anda sendiri pernah bersikap begitu, menelefon rakan taulan atau saudara mara memaklumkan pengalaman anda waktu mangsa itu memerlukan pertolongan. Cesh, cesh, cesh...

Saya 'respect' seorang pemandu yang turut berhenti dan bertanya, "awak seorang atau berdua?" kerana topi keledar yang saya kutip itu ada dua. Manalah tahu seorang lagi sudah terjun ke dalam gaung di sisi lebuh raya itu.

Walaupun dia hanya cedera ringan, luka sebahagian belakang badannya yang tersiat dimamah aspal keras dan tajam itu lama juga terbayang-bayang sebelum tidur. Maka, bertambahlah fobia saya kala senja yang hening itu....

caption: dan... fobia untuk gambar di atas ialah... saya sungguh fobia kalau anak demam kerana kemungkinan untuk dia bermalam di wad kerana jangkitan kuman sentiasa meresahkan.

Popular Posts