salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Friday, November 29, 2013

Release tension-- Kek Coklat Devil

hi there...

semalam macam lupa diri apabila masuk ke kedai bakery yang baru dibuka. cekap saja tangan mencapai peralatan bakeri termasuk bahan-bahan mentah bagai, dah tak tengok harga dah. memang capai saja macamlah dah ada kebebasan kewangan -- beli apa saja tanpa tengok tanda harga. oh, amannya hidupku semalam!



Menambah 'tools'. Beli apa saja tanpa tengok label dah... Bekas cup cake
tu nak buat buka sekolah nanti. Ajmal dah lama minta nak bawak pi sekolah kasi kawan-kawan. 
sambil-sambil menambah pengetahuan tentang ovellet, gliserin, creamwell, beza soda dan baking powder, akhirnya dapat jugalah kek yang betul-betul rasa macam kat kedai. oh, itu rahsianya ya!!!! sepuluh tahun aku mencari, baru sekarang aku bertemu.

juga menonton Barefood Contessa belajar apa itu ganache, vinaggreit dsb. suka sangat tengok cara dia mengandun kek, mufin dan danish. lebih admirer Kicthen Aid Mixer dia tu, sampai sanggup order nun jauh dari seberang laut meredah salji nan putih bersih, wow!

... dan tidak pernah terfikir di mindaku akan melapis kek pula selepas ini. dulu, asalkan dapat siapkan kek yang anak-anak suka, cukuplah. lepas tu naik setapak lagi, cari cara untuk dapatkan kek yang lembap, kemudian gebusss, lastly nak belajar melapis krim kek dan akhirnya akan bermain dengan fondant dan sugarpaste, insya-Allah. 

resepi ni ambil daripada kat Ita, blogger Azlita Masam Manis, Kek Coklat Devil. dilapisi cream cheese dan ganache. memang lazat dan mewah walaupun rupanya belum capai standard lagi :)

Bermain dengan cake cutter untuk orang yang kalau potong apa-apa, sure
senget macam akak selalu buat :)
Ala-ala dah ni kan... Ada rasa terliur? Jom Google resepi. 

Kek Coklat Devil -- mewah dan lazat. Presentation je failed! Dish pun
failed jugak. Actually, kek ni dibuat untuk release kepala yang tension ya amat.
Tension kerja la, apa lagi kannn... 
 

 Kek Coklat Devil by azlitamasammanis.blogspot.com
tq kak Ita, sedap gilerrrr.... 

Resah Bulan Disember

emm... 

cuti sekolah, ramai rakan sekerja yang sedang enak bercuti, tapi diri sendiri ini kenalah bertugas menyahut panggilan profesion. bukan mudah nak menempatkan diri dalam kalangan profesional, kena selalu refresh diri dan pengetahuan kena tambah. tak bolehlah sentiasa rileks. at least, hujung-hujung tahun ini otak bekerja juga.

cuaca hujan, dingin dan beku. sejuk-sejuk begini, kek panas tiada. hanya yang ada ialah Puding Roti Bercoklat, cukuplah. berdesing telinga suap puding sejuk dalam mulut :)


Gambar puding kurang menarik sebab belum mahir teknik fotografi :)
So, kita gantikan dengan peralatan bekerja di musim cuti sekolah ni.
Memang banyak pakai pen merahhhh!!



Puding Roti Bercoklat

Bahan-bahan:- 

1 peket agar-agar 25gm
2 1/2 peket air (guna peket agar-agar tu je)
3 buku roti manis (lebihan sarapan yang x laku, nak guna roti sandwich pun no problem)
1 cwn gula (sesuaikan rasa dengan lidah anda, kurangkan manis dalam makanan *_*)
1 tin susu cair
2 biji telur
2 sb serbuk koko@pekatan koko/cocoa flavor

Cara-cara:-

Didihkan agar-agar guna . biar betul-betul larut baru masukkan gula. 

blender susu cair + roti. tuangkan ke dalam periuk agar-agar. matikan api.

asingkan kepada dua bekas. satu bekas campurkan dengan serbuk koko, kacau pakai wisk. 

tuang adunan yang putih dulu, pastu tindan dengan adunan koko. 

masuk fridge. siap! 

Tuesday, November 19, 2013

Balada Kek Marble

Hi there...

Seronoknya dah dapat menguasai teknik mengadun kek yang betul. Sepanjang minggu ini, saya menghasilkan tiga biji kek! Kek Coklat Moist, Kek Red Velvet dan Kek Marble petang tadi. 

Kek Coklat Moist saya memang dah menjadi, so perasaan nak buat kek lagi tu menggebu-gebu apatah lagi rakan sepejabat membawa kek RVnya yang sedap tu. Terus google cari resepi. Nah, macam-macam resepi engkau!

Saya ambil resepi RV dari blog masakan milik blogger kak Ita http://www.azlitamasammanis.com/, malangnya tak berapa mesra dengan minyak sebagai bahan membuat kek. Kek saya menjadi dengan butter atau marjerin. Alahai... Makanya, kek RV yang pertama, bungkus! Betul-betul bengkang RV. Tentu ayam-ayam di belakang rumah berterima kasih dapat merasa kek mewah ittewww.

Sudahnya, percubaan kali kedua, saya tukar minyak jagung kepada butter cuma resepi kali ini ialah resepi kek marble yang sukatannya kemain banyak. Melimpah ruah loyang akak sampai adunan meleleh jatuh ke dasar oven. Tak kisahlah sebab keknya naik elok tapi akak tak puas hati sebab bawahnya kurang masak, atas dah nak hitam. Mujurlah kek masak on time.

Apabila dipotong untuk lepa cream cheese tu, tak sama tinggi la pulak walaupun dah ikut teknik yang kak Ita ajar dalam blognya. Mujurlah cream cheese menjadi penyelamat. Anak-anak kata sedap dan presentation lulus ikut kata Ina Garten-- tak payah lepa krim cantik-cantik sebab kita nak nampak home made gitu. 


Red Velvet 2nd trial. Kira bolehlah kannn...
si Ajmal awal2 lagi dah sorok sepotong dalam fridge takut orang lain habiskan.
Tengok masih belum mahir potong kek untuk lapiskan krim. 1st time mana pernah buat tu!
 Pastu nak habaq pi jugak, setiap kali terfikir nak buat kek dan capai butter, hati mesti debar punya. Bimbang betul kalau kek tak menjadi. Samalah perasaannya ketika buat Kek Marble ni. Hati tertanya-tanya menjadi atau tidak walaupun dah tahu teknik. Tabahkan hati. Putar je butter tu dengan gula, tinggalkan mixer tu buat kerja dia, lepas tu menyahut panggilan si kecil Audra yang nak menyusu. 


Dulu-dulu sebaik saja lepas kahwin, memang sambar set pinggan
mangkuk kaler putih plain. Dah masuk 10 tahun ni, tukar la corak lak. Aiseh, nak
kena collect koleksi baru le pulak ni untuk food stylish :)

Lepas susukan baby, pening pulak loyang saiz kecik tak ada. Payah-payah cuci bekas mangkuk tingkat arwah emak yang terbiar jadi pameran je tu. Lengserkan dengan butter dan tepung, beres kerja akak. 

Masukkan perasa, dan Bismillah jangan dilupakan. Pasti puas hati :)

Resepi? Carilah kat Google *__* wink wink!




Friday, November 15, 2013

Fragmen Kek Coklat


Sejak-sejak kek coklat mendapat penjenamaan semula sepuluh tahun yang lalu (saya rasa di luar negara kek ini merupakan pencuci mulut yang biasa saja), memang ramai benar yang pakar dalam memasak kek ini sama ada menggunakan teknik bakar atau kukus; menggunakan butter atau minyak masak saja. Juga baking powder atau soda bikarbonat, serta bermacam-macam ubah suai bahan termasuk apa-apa saja yang ada di dapur.

Dulu-dulu tiada istilah ‘moist’ dalam menikmati kek coklat. Sekurang-kurangnya saya tidak pernah dengar. Mungkin sebab itu kek coklat versi awal saya tidak lembap walaupun masih boleh dinikmati anak-anak.

Kek Pisang -- rekah kemain terlebih tepung.
 Er, sebenarnya buat tak ikut sukatan.
Pakai campak je macam expert :)
Puas juga belajar dalam tiga tahun ini. Lihat resepi di blog, rasanya tak mungkin menjadi. Saya puas membakar kek sejak usia belasan tahun, kek pertama saya menyerupai kuih baulu –- cuma dimasak dalam loyang, cantik rekah di tengah tapi keras kelengkung terlebih tepung menjadi habuan ayam di belakang rumah.

MASALAH KEK TIDAK MENJADI
1) Kerap benar kek saya mendap @ bantat. Pernah sekali, bapa mertua berkunjung ke rumah saya bersama-sama rakan-rakannya, saya menghidangkan kek gula hangus dalam bentuk bingka tepung kerana bantat! Keknya padat dan berminyak-minyak, hanya dijamah sahaja. Malunya terasa hingga kini.

Setelah banyak kali menonton saluran Astro703, melihat Anna Olson memasak, barulah saya tahu adunan tidak boleh diputar lama setelah dimasukkan tepung bagi mengelakkan terlalu banyak udara masuk ke dalam adunan yang boleh menyebabkan kek yang naik cantik, turun semula setelah oven sejuk. Mana saya tahu, tiada sesiapapun pernah memberitahu teknik mengadun dan membakar kek.

2) Saya tidak mesra dengan baking powder kerana bagi saya serbuk penaik itu tidak membantu kek saya naik. Kek saya selalu turun semula! Rupa-rupanya tersalah teknik mengadun tepung. Kasihan serbuk penaik yang tidak bersalah itu. Saya lebih percaya kepada soda bikarbonat dan tidak pernah mencuba resepi yang menggunakan serbuk penaik. Bimbang kek bantat lagi.

Itupun saya tidak begitu percaya kepada soda ini menyebabkan saya menambah sukatannya kalau merujuk resepi kek. Maka, selalulah kek coklat saya tidak boleh dimakan kerana rasa soda yang ketara – payau! Kasihan saya L

Baik buruknya perangai, saya tidak pernah mengadun kek menggunakan tepung kek, tidak mencabar. Adunan saya klasik – tepung gandum biasa saja. Cuma teknik yang salah digunakan bertahun-tahun.

3) Masalah lain ialah kek saya kering dan berderai. Teksturnya kasar dan tidak gebu walaupun boleh dimakan. Selalu kalau saya menyediakan kek ketika Hari Raya atau jamuan, kek saya paling lambat habis.

Teknik lagi rupa-rupanya. Saya tidak faham istilah gebu dalam memukul butter. Pakai pukul saja sampai kembang tapi tiada penanda aras ‘apakah kembang itu’? setelah lebih kurang 20 tahun, barulah saya tahu pukul sampai kembang tu apa... Malangnya nasib saya. Lembab betul!


Resepi hanya cakap ‘pukul sampai kembang’. Seminit dua adunan butter dan gula dalam mangkuk adunan, siap. Terus tambah telur. Macam mana nak gebu?

Rupa-rupanya, istilah ‘gebu’, ‘ringan’ dan ‘kembang’ ialah butter atau marjerin biasa yang dipukul perlu diputar hingga bertukar warna dan gula pasir terasa halus. Bukan seminit dua, tapi saya pernah putar butter guna heavy duty mixer high speed sampai 45 minit! Ambik kau, butter. Sempat kemas rumah bagai.

Kek Coklat mula-mula belajar. macam nak jadi bengkang pun iya jugak. gebu jauh sekali.
 Bukan lembap tapi basah kot :) Tabur gula kat atas sebab kurang manis, he3
Usah percaya masa memutar butter dalam rancangan masakan, nampak sekejap saja kek dah naik cantik. rancangan masakan telah disunting untuk tempoh masa persembahan. Nak dapat adunan ringan kena ambil masa. Sekali saja menggunakan teknik yang tepat ini, kek kemain gebunya! Cair dalam mulut.

Buttercake kot-- yang tak gebu. Boleh dimakan panas2 sedap la.
Masih tak puas hati dengan hasilnya. Ini sekitar tiga tahun yang lalu :)
Office mate tukang rasa dan komen untuk meningkatkan hasil persembahan. Syok la depa dapat makan kekadang seminggu sampai dua kali ma... Anyway, tq Kak Mimi, Madam Ooi, Lim Chee Lee, Shima dan pakar kek, Siti yang sudi makan dan komen. Kadang-kadang bengang juga, tapi untuk kek yang lazat ikut standard hotel (bukan standard kedai kek yang cantik dipandang saja, ya), tabahkan hati dan cuba lagi.

Juga terima kasih kak Zana yang beri resepi yang hebat walaupun saya ada 10 resepi kek coklat moist. Beliau tidak kedekut teknik serta tips melayan saya walaupun saya riuh rendah bertanya. Resepi memang banyak, tapi tanpa teknik dan cara yang betul, kek coklat anda tidak akan gebu. lembap dan lazat.






Bahan Kek Coklat

*  Ada orang guna butter, marjerin atau minyak masak. Sudah tentu rasanya berbeza-beza. Lebih berkualiti bahan yang anda gunakan, tentulah hasilnya lebih lazat.

Lagi Buttercake. Bubuh 4 bahan. Kira ok la tapi belum gebu lagi.
Tu yang tabur kismis kasi anak selera sikit :)

     











*  Ada orang guna baking powder @ serbuk penaik atau soda bikarbonat tapi kata Siti, bahan-bahan ini elok kalau bekerja bersama-sama
Kek Coklat yang ni resepi Delima Suasa. Pakai minyak masak & soda. Bakar.
Saja guna loyang nipis sebab takut tak naik. Rasa? Rasa soda bikarbonat sebab
lebihkan sukatan takut tak naik, he3. Cerita lama ni...
Terlebih soda jadi macam Kek Gula Hangus pulak!
Lagi kes tak percaya peranan soda.
*  Ada pula tukang masak amatur ni yang guna tepung kek @ superfine, sure menjadi dari segi rasa tapi gebukah? Saya guna tepung biasa saja


*  Teknik memasak – bakar atau kukus. Bagi saya kalau kukus bukan kek tapi apam. So, tak pernah cuba kukus. Cuma sejak cuba guna teknik kukus sekali, kek lebih lembap rupa-rupanya.

* Masa memasak kek dan suhu. ><180 span="">° selama 40 minit. Semuanya bergantung pada saiz adunan, saiz loyang dan kepanasan oven anda. Dulu-dulu guna oven dahulukala cap Rama-Rama, tentulah masa dan suhu berbeza. Paling penting sentiasa pantau oven, cucuk dengan lidi setelah nampak kek naik dan kering di bahagian atasnya. Ini kemahiran yang perlu dipraktiskan sentiasa sebab sukar untuk dihuraikan dengan tulisan tanpa praktik.

...bersambung :)





Monday, November 4, 2013

Jujurlah dalam Memberi... RESEPI :)

hi there...

saya ni memang suka benar memasak terutamanya kek. sampai sanggup beli mixer jenama Kenwood yang ribu-riban tu. sekarang tengah kumpul duit nak rembat Kicthen Aid Mixer kaler putih yang memikat tu, yang Ina Garten pakai dalam Barefood Contessa. lebih2 lagi ada member tengah cuti di UK, beza harga dalam 2k. besar pengaruh barangan dlm program memasak ni. terliur tengok clear bowl jernih dalam Giada at Home dan Sugar by Anna Olson. harapnya dapur sendiri akan ada ala2 diaorang punya tools la.

memang tak boleh tinggal program2 ni, sampai dah boleh hafal resepi kek, beza kek dan mufin, beza danish... uish, banyakkkk. dah tau ''vinagret' tu apa kemendanya. macam2lah. pendek kata, dah London habis dah ni. 

cuma, benda alah ni je payah nak buat. resepi kat blog macam2, kalau terai semua teknik diaorang ni, mahu seguni tepung beras agaknya. macam2 cara nak masak apam merekah yang susah benar nak merekahnya. saya memang tak pernah terfikir nak buat apam ni sebab guna tapai. kita memang tak pernah 'deal' dengan ragi kan. kalau nak makan sangat, pakai beli je la. 


ini ambik resepi drp blog yg dirahsiakan namanya
untuk menjaga reputasi blog tersebut, he3
ke laut apam akak...!

adik saya beri resepi guna yis maurippan + nasi sejuk. dia ambil daripada satu blog. memang ada rasa apam tradisional yang arwah emak buat dulu, tapi apamnya taklah merekah macam biasa jual kat gerai kuih (kitaorang kalau buat kuih mesti rujuk standard kedai punya-- boleh jual@tak). 

pastu seharian menggoogle resepi apam yang macam2. ada yang boleh percaya, ada yang ke laut... bukannya apa, depa beri resepi je tapi jenis tepung tak dijelaskan, sukatan satu sudu teh tak bagitau rata ke atau kembung serbuk penaiknya. macam2lah persoalan kalau kita buat apam tak menjadi. api nak pasang besar mana... ayooooo!

mula2 saya salahkan blogger konon beri resepi tak lengkap, tapi bila kaji semula kemungkinan2 tersebut, memanglah banyak rahsia teknik masakan tak diberitahu dalam resepi. bagi resepi buta je gitu. sorry blogger masakan :)

ni resepi daripada kak Zara Najwa (fb) @ Zana Othman. itupun dia beri resepi dan cara yang ringkas je, saya google sendiri beberapa blog dan try & error sendiri. tapi paling best sebab dapat tanya sendiri pada tuan punya resepi dan keluarlah tips apam menjadi kat bawah tu. kena baca semua baru boleh mula buat ha....


Apam Merekah

2 cawan nasi + 1/2 buku ragi -- tapaikan selama 2 malam
(saya tak tahu cara buat tapai ni sebab tak pernah buat dan tak ada ragi)

malamnya (selepas dapat tapai nasi)

1 peket tepung beras cap gajah (100% kandungan beras, cap teratai campur tepung jagung)
2 mug air
1 mug gula
1 cawan tapai nasi (saya guna tapai pulut-- beli je kat pasar)
pewarna makanan
sepeket ENO (biru)

* campurkan semua dalam blender dan kisarkan aje. simpan dalam bekas sampai pagi.
* esoknya sejam sebelum kukus, masukkan ENO peket biru. 

TIPS 
* bubuh dalam acuan 3/4 penuh. MESTI tuang adunan semasa acuan dalam kukusan. AWAS jangan sampai melecur tangan lembut tu.  setiap kali sebelum tuang adunan, selalulah kacau adunan tu biar jangan mendap. 
* pastikan air kukusan betul2 menggelegak, barulah apam kembang setaman. 
* kukus selama 15 minit. biasanya 15 minit dah cukup untuk apam naik dan merekah.
* kalau buat satu adunan penuh, jika nak makan sikit je, kukus sebanyak yang dikehendaki . bakinya boleh simpan dalam peti ais dan kukus bila2  nak makan (cuma tak pasti adunan bertahan berapa hari sebab tak pernah simpan lama). apam ni sedap, satu adunan kejap je habis lebih2 lagi makan dgn kelapa muda parut.

* kalau ragu-ragu, cuba buat separuh sukatan dulu. pastu bila dah menjadi, mulalah meroyan hari-hari nak buat apam, he he he :)

Adunan selepas semalaman. nampak tak naik sangat sebelum bubuh ENO.
lepas bubuh   ENO, adunan akan membuak-buak sampai adunan awal apam mendap ke bawah.
sebab tu kena kacau selalu. 


Inilah rupa apamnya jika kita tuang kat luar kukusan. Lembutnya sama, rasa sama
tapi tak merekah cantik.

Taraaaa.... nothing to say anymore! tunggu parutan
kelapa muda je :)


sisfazi2/11/13@9.00pm

Popular Posts