salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Wednesday, July 2, 2014

Ambang 40-an ala-ala 'makcik' *^*

Assalamualaikum, salam Ramadan...


Hamboi, sungguh lama tak berjumpa na...! Sibuk apa tak tau la... Pesan kak Zana, jangan salahkan anak kecik kalau banyak perkara kita tak dapat uruskan selepas dapat baby. Rumah bersepah, kata ada baby so tak sempat kemas. Rumput di halaman panjang dan pasu terponggeng di sana sini, baby juga menjadi alasan padahal lebih seronok memukang depan tv melanggan lebih seratus saluran. Tekan saja punat di tangan, wah... keluar semua. Resepi enak, dekorasi indah, halaman memukau... tapi rumah orang la. Rumah kita tetap seperti kapal karam kerana baby menjadi alasan. Kasihan baby tak mengerti apa-apa :(


Hari ni nak cerita pasal kecenderungan yang nampaknya agak berubah gitu. di laman Facebook, saya mula request page 'bunga-bungaan, kebun keliling rumah, orkid...' apakahhhh?!


Keliling rumah memang ada kawasan lapang menunggu kebun dibangunkan dan bunga-bungaan berkembang mekar. Entah bila taman idaman akan menjelma di depan mata. Senarai bunga yang hendak ditanam dah lama tersedia, varieti sayur juga dah ada. Menanamnya saja entah bila-bila. Hempphhhh....!


Sehari dua ini saya sudah menempah tukang. Hajat hati mahu membina pergola dan box planters. Melur memang dah berbunga walaupun dianaktirikan sekian lama. Kenangan, cempaka, seroja putih dan spider lily dalam senarai menunggu pasu. Ah, indah...apabila semuanya berbunga putih mulus!


Bertanya anak murid pagi tadi, "apakah persamaan bunga-bunga yang cikgu sebut tadi?" 

"Semua warna putih, cikgu."

"Bagus, pandai!"

*_* wink wink



Popular Posts