salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Tuesday, June 22, 2010

kerjaya baru... suasana baru

Dear myself…

Minggu ini (sebenarnya bermula seblum cuti penggal 5-20 Jun 2010), kalangan rakan sudah hangat memperkatakan tentang tawaran kerjaya Pensyarah di Pusat Matrikulasi KPM yang diterima oleh beberapa rakan sekerja. Ucapan tahniah berlegar di udara, manakala individu yang menerima berita dengan perasaan gembira bercampur resah barangkali. Gembira kerana kerjaya bertambah sinar gemilangnya, bresah kerana Pusat Matriks yang agak berjarak dengan kediaman.

Kepada saya, memohon dan menerima sebarang tawaran daripada mana-mana Jabatan selain sekolah merupakan satu escapism terhadap kelelahan menghadapi kerenah pelajar sekolah yang pelbagai. Jika sekolah harian biasa, seribu masalah boleh disenaraikan membuatkan hanya yang kental atau tiada pilihan boleh bertahan hingga tarikh bersara. Pergilah ke mana-mana sekolah harian biasa, jika niat anda untuk tidak terlibat dengan seribu cabaran itu, pasti harapan anda musnah.

Kau redahi tujuh belantara beronak duri,
Kau rentasi tujuh padang pasir terbentang tidak bertepian,
Kau renangi tujuh lautan api,
Jika niatmu ingin lari daripadaku;
Kita tetap akan bertemu…
Tetap bertemu jua…!

Apapun, bertugas dengan pelanggan yang terdiri daripada pelajar terpilih daripada keputusan SPM yang cemerlang seribu kali lebih mudah. Dengan tawaran kenaikan pangkat yang menggoda, pastilah sesiapapun akan meninggalkan bilik guru untuk berpindah ke bilik individu sebagai Pensyarah pula. Sementelah beban tugasan yang renyah selama ini sudah terangkat daripada bahu yang memikul, malah peluang melanjutkan pelajaran dengan biasiswa penuh juga terbuka luas. Oh, tidak teringinkah yang masih tinggal?

Kepada Zura, Ain, Ros, Idra dan Syam, selamat bertugas di tempat baru. Semoga harapan agar kelegaan dalam menjalankan tugas akan terpenuh. Selamat menyambung pelajaran dan damailah di Matriks sana. Kami guru-guru di sini akan meneruskan kelestarian Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan semangat membara.

p/s: Kalau semangat menyejuk, kami juga akan menyusul kalian nanti….he he he

Wednesday, June 16, 2010

Hamba Datang Lagi...

Kewajipan seorang Muslim
Solat lima waktu...

Kudengar merdunya suara azan
Berkumandang melaungkan seruan sembahyang
Memenuhi kewajiban seorang insan
Solat lima waktu sehari semalam...

Berwuduk taharah mensucikan diri
Berkiblat menghadap Ilahi Rabbi
Berdoa memohon petunjuk suci
Pada-Mu ya Allah yang Maha Memberi

Kini hamba datang lagi
Dengan hati berseri
Ingat akan janji
Bahawa hidup mati ini
Ilahi Rabbul'alamin

Kini hamba datang lagi
Pasrah berserah diri
Mendekatkan hati
Pada-Mu yang Maha Suci...

Thursday, June 10, 2010

strawberry everywhere....

Mila suka sangat strawberry segar dimakan begitu sahaja, Ajmal x pandang pun... but, bila I buat strawberry chocolate... Ajmal makan x ingat orang lain dah... pulun sakan!!!

Hari ini hari ketiga kami sekeluarga menghabiskan percutian ke CH. Sebenarnya saya membeli satu pakej percutian Leisure Holidays semasa MATA Fair tahun lepas. Selepas beberapa tahun bekerja, pertambahan tugas meletakkan saya dalam tekanan kerja yang tidak dirasai pada tahun-tahun terawal perkhidmatan. Sudah beberapa lama sebenarnya saya menimbang untuk membeli pakej percutian kerana pergi bercuti kelihatannya seperti suatu keperluan pula kepada diri saya untuk meredakan bebanan tugas yang menekan saban hari.

So, CH masih dingin seperti 10 tahun dahulu agaknya. Saya berpeluang merasai kesejukan malamnya yang mencengkam (kalau air-cond kan boleh dikawal!), paginya yang dingin berkabus dan petang yang nyaman. Juga berpeluang menikmati kehangatan mentari tengah hari walau sebentar.

CH masih dara ketika ini. Tidak banyak pembangunan yang dirancang agaknya. Harap-harap tiada bangunan konkrit ditambah (harapan cuma…). Sungguh ironis apabila pencerobohan tanah-tanah hutan CH berlaku berleluasa ketika ini dalam keadaan pekannya masih terpelihara berbanding Pulau Langkawi yang sudah diperkosa kemajuan! Mana tidaknya. lawatan kami tahun lalu setelah meninggalkannya selama 10 tahun, saya terkilan sungguh melihat Kuala Lumpur berada di Pulau Lagenda itu. Pantai Cenang bertukar wajah 100 peratus.

Saya masih ingat dulu saya amat santai menikmati ombak Pantai Cenang yang berair sejernih kristal, melihat dan hampir dapat menyentuh ikan-ikan yang jelas kelihatan berenang di dalam air lautnya yang biru. Jeti tempat feri berlabuh juga dikelilingi kejernihan air laut yang membiru… Kini, jika ingin mandi laut berair jernih, kita perlu mengikuti pakej lawatan ke pulau-pulau lain yang belum tercemar pula di sekeliling Langkawi. Betapa nazaknya pantai Langkawi yang original; malah laut jeti sudah menjadi kembar jeti Pulau Pinang pula!

Kembali ke CH, ramai rakan berkempen tentang murahnya harga sayuran di tanah tinggi itu. Saya ke pasar setiap hari. Lucunya saya kerap mendengar pelanggan merungut harga sayuran lebih mahal berbanding di bandar-bandar lain.

“Kalau harga lebih mahal daripada di bawah, penat saja saya naik ke atas, ingatkan harga sayuran murah,” rungut seorang wanita di gerai sayuran Pasar Minggu Brinchang.

“Nak cari gerai Melayu pun susah,” keluh pula suami apabila saya terbeli kuih cucur di gerai yang menggunakan khidmat buruh Indonesia sebagai jurujual. Buang sajalah nampaknya.

“Nak buat macam mana, diaorang yang datang dulu ke sini. Ini tempat mereka,” kata pula makcik di Ladang Strawberry Haji Jaafar di Kampung Sedia apabila saya menyuarakan isu itu ketika memetik buah yang meranum.

“Kalau nak datang, datanglah pagi-pagi. Banyak strawberry masak. Tapi, cuti sekolah macam ni, habis buah masak dipetik pelancong, kalau lambat tinggal yang muda saja di pokok,” terangnya ramah. Memang pun ketika saya datang, payah untuk berjumpa buah yang masak lebat di tangkai, sudah habis dipetik orang lain rupa-rupanya.

Sebanyak-banyak gerai di CH, tiada yang menjual anak
pokok teh. Boleh???
Saya dan anak-anak ke Ladang Teh milik BOH berhadapan Kea Farm di pinggir jalan Brinchang-Kampung Raja. Mulanya suspens juga mencari Rose Valley. Wah, betul-betul ‘valley’ rupa-rupanya apabila menuruni bukit yang begitu curam! Saya hampir berpatah balik apabila tidak berjumpa Rose Valley. Sungguh ramai pelancong memborong sayuran tapi saya mencari anak pokok teh untuk ditanam di tepi pagar rumah.

“Tak pernah ada orang jual,” terang peniaga gerai bungaan. Setakat bunga kekwa, di Kuantan ada…. fikir saya. Saya juga tidak begitu berminat membeli sayuran yang berlambak kerana kepada saya, semuanya ada di Kuantan.

Sepokok spesies periuk kera lebih menarik perhatian saya, namun sepasu kecil harganya RM28. Lupakan saja… minta anak buah masuk hutan dan pasti saya akan dapat memiliki spesies itu.

Kawan-kawan mengirim strawberry. Nantilah… pulang ke Kuantan, saya akan dapatkan strawberry di Giant… ha ha ha! Bagaimanapun, kami sekeluarga memang makan strawberry sebanyak-banyaknya, mengambil kesempatan berada di tempat asalnya, tanah tinggi...:)

Thursday, June 3, 2010

2010 -- perjumpaan semula yang manis

bacth kami, kursus Komunikasi USM di School of Communication USM ada sejumlah ><120 40="" about="" adik-beradik.="" akrab="" bagai="" berlainan="" br="" dalam="" dan="" hubungan="" iaitu="" in="" ini="" jurnallist="" kewartawanan="" kursus="" major="" majoring="" menariknya="" orang.="" penerbitan="" pengiklanan="" pengkhususan="" radio="" students.="" tv="" walaupun="">
masing-masing perasan major merekalah paling glamor. saya cukup berterima kasih kpd rakan-rakan dalam bidang penerbitan televisyen & radio kerana semasa latihan amali mereka di TV3, mereka menggunakan kelebihan itu untuk membantu rakan baik kami yang diserang kanser mendapat bantuan kewangan bagi membiayai kos perubatannya. biarpun Allah lebih sayangkan Allahyarham Zuraida Mohd Taha, tapi usaha rakan-rakan adalah terjemahan keakraban dan kasih sayang ketika di perantauan.

saya sentiasa ingat pesanan Rin@Siti Zurina Mat Saman semasa berjumpa di USM selepas pendaftaran pelajar baru bacth 1995-1996. "mula-mula kita kena cari kawan sebab kita sorang-sorang je kat sini." katanya ringkas, sejurus kemudian sudah 'berkeriau' memanggil rakan baru ditemui, Khairunnisa' Che May@Cak. Rin rakan lama semasa menengah rendah di Temerloh.

telah >< 3 tahun tinggal di bawah ketiak emak memang 'home sick' peringkat tenat.

Tuesday, June 1, 2010

draf ULBS menengah atas F4 MPV

SELAMATKAN HIDUPAN LIAR

PENGERUSI (P):
Salam dan salam sejahtera kepada guru penasihat, Puan Faziah Jaafar dan rakan-rakan dari kelas 4MPV. Bersyukur kita kpd Ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan kurnia-Nya, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam acara Forum Khas bersempena penilaian ULBS pada tahun ini.

Tajuk kupasan forum kami pada hari ini ialah kempen Selamatkan Hidupan Liar. Untuk tidak membuang masa, saya perkenalkan ahli panel forum pada kali ini iaitu di sebelah kanan saya, ____________________________________________ dari __________(nama jabatan)_____________, dan_______________________; manakala di sebelah kiri saya ialah _________(nama jabatan) ________________ dari ____________(nama jabatan)__________.

Hadirin yang dimuliakan, biarlah saya terus ke soalan pertama untuk panel yang pertama iaitu _______________________; bolehkah saudari nyatakan definisi atau maksud _____________tema/kata kunci_____________ yang kita perkatakan pada hari ini?

PANEL 1 (P1):

Terima kasih saudari/a pengerusi majlis. Salam sejahtera kpd semua hadirin yang mengikuti forum pada hari ini. Merujuk kepada soalan pengerusi sebentar tadi, ______________kata kunci_______________ membawa banyak maksud, antaranya _____________(rujuk kamus)_______________. Memang tidak dinafikan bahawa spesies hidupan liar di negara kita kian terancam hari demi hari. Bukan sedikit spesies hidupan liar yang kini hanya tinggal nama seperti _____________________, _______________________, _____________________ dan banyak lagi jenis haiwan liar yang sudah pupus. Kepada saya, kitalah sebagai generasi yang tinggal perlu berusaha untuk meneruskan kelestarian hidupan ini dan menyelamatkan spesies yang masih tinggal.

P:
Terima kasih saudari/a ____________________. Ya, saya setuju dgn pernyataan panel pertama kita tadi bahawa hidupan liar semakin terancam dan kian pupus dari habitat semula jadi mereka. Fokus kita pada hari ini berkaitan haiwan liar yang perlu diberi perhatian agar tidak pupus ialah penyu; sejenis spesies yang memang terancam dan jumlahnya kian berkurangan hari demi hari.

Saya ingin bertanya kpd Panel kita yg kedua; apakah sebab-sebab yang menyebabkan haiwan seperti penyu ini kian berkurangan. Apakah sebabnya saudara/i?

PANEL 2 (P2):
Ya, terima kasih saudara/I pengerusi majlis. Salam sejahtera kpd semua hadirin yang mengikuti forum pada hari ini. Merujuk kepada soalan pengerusi sebentar tadi, saya bersetuju untuk mengatakan bahawa penyu antara hidupan liar yang mengalami kepupusan dan memerlukan perhatian serius semua pihak bagi mengelakkan ia terus pupus.

Pengerusi, pada hemat saya antara sebab yang menyumbang kepada kepupusan spesies penyu ini antaranya pencemaran laut yang kian berleluasa pada dekad-dekad terakhir ini. Pembuangan sampah-sarap, tumpahan minyak, pelepasan sisa kilang seperti sisa toksik ke laut lepas menyebabkan laut sudah tidak menjadi habitat yang baik untuk hidupan akuatik termasuklah penyu.

Dalam hal ini, bukan penyu sahaja yang menjadi mangsa, malahan semua hidupan marin menjadi mangsa dan kehilangan habitat yang sempurna. Tidak hairanlah penyu yang kita tahu sukar untuk mencapai tahap dewasa pada habitat yang biasa, apatah lagi jika habitat mereka terancam, lagilah haiwan ini semakin pupus. Kembali kpd pengerusi. Terima kasih.

P:
Terima kasih saudari/a ____________________. Ya, saya setuju dgn pernyataan panel kita yang kedua tadi bahawa memanglah pencemaran laut atau marin menjadi antara punca utama kepupusan penyu. Sebab itulah kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengelakkan daripada terus melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran laut seperti aktiviti2 yg telah disenaraikan oleh panel kedua kita sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, marilah kita beralih kepada panel kita yang ketiga. Mungkinlah ada lagi penyebab yang memberi sumbangan terhadap kepupusan dan kemusnahan habitat untuk penyu ini?

PANEL 3(P3):
Ya, terima kasih saudara/i pengerusi majlis. Salam sejahtera kpd semua hadirin yang mengikuti forum pada hari ini. Merujuk kepada soalan pengerusi sebentar tadi, saya bersetuju untuk mengatakan bahawa penyu antara hidupan liar yang mengalami kepupusan dan memerlukan perhatian serius semua pihak bagi mengelakkan ia terus pupus dari muka bumi ini seperti dinosaur.

Saya ingin menambah bahawa selain pencemaran laut sebagai penyebab seperti yang diperkatakan oleh panel kita yang kedua tadi iaitu saudara/i ________________, saya percaya kegiatan pemburu haram juag menjadi punca kepupusan penyu.

Saya ingin menekankan bahawa ada sesetengah orang yang menganggap bahawa penyu merupakan hidangan eksotik yang istimewa dan sukar diperoleh. Penyu mengalami nasib yang sama dengan gajah sebenarnya yang diburu untuk gading, atau buaya dan harimau yang diburu secara besar-besaran untuk industri barangan kulit.

PUSINGAN 2

P: Terima kasih kpd penonton kerana masih lagi setia mengikuti perbincangan kita pd hari ini berkaitan dgn tajuk _________________________________ . Sekarang kita akan beralih ke pusingan kedua forum pd hari ini. Saya ingin menujukan soalan ini kepada panel kita yang kedua iaitu saudara/i ____________; apakah kesan paling ketara pencemaran laut ini terutamanya kepada hidupan marin dan pelaut khususnya nelayan terutamanya nelayan kecil di perairan kita? Silakan.

P1: Terima kasih kpd Pengerusi. Sungguh bagus soalan yg diberikan kerana kita memang perlu prihatin terhadap kesan akibat setiap tindakan kita terutamanya yang melibatkan alam sekitar kita. Saya merujuk kepada kajian ___________________ yg menyatakan bahawa kesan paling ketara kpd hidupan laut terutmanya ikan dan terumbu karang ialah _____________________________. Nelayan kita juga menerima kesan buruk antaranya seperti ________________________ akibat pencemaran laut ini.

Saya ingin menarik perhatian penonton bahawa sehingga tahun 2009, purata pendapatan nelayan hasil tangkapan laut menurun dgn sangat ketara. Kita bukan sekali mendengar rungutan dan keluhan para nelayan kecil kita berkaitan hasil tangkapan laut mereka.

P: Terima kasih kpd saudara/i _______________ atas pembentangan yg sgt jelas itu. Beralih kita kpd panel yang kedua. Soalan saya ialah ________________________ kesan kpd negara.

P2: Jawapan.

P: Terima kasih kpd saudara/i _______________ atas pembentangan yg sgt jelas itu. Beralih kita kpd panel yang ketiga. Soalan saya ialah ________________________ kesan kpd planet bumi/keseluruhan.

P3: Jawapan: kesan kpd dunia secara keseluruhan.

P: Soalan kpd panel 1: Langkah mengatasi pencemaran daripada lebih berleluasa.

P1: Jawapan dlm bentuk cadangan.

P: Soalan kpd Panel 2 & 3.

Nota: Begitulah pusingan Pengerusi dalam tugasnya melontarkan soalan hinggalah pusingan kesimpulannya.

Selamat menulis skrip dan selamat membentangkan tajuk masing-masing. Terima kasih.


LAGUKU JADIKAN KENANGAN
PENAWAR HATI RINDU
DIRIKU USAH KAU KENANGKAN
AKU PENGHIBURMU…

TERIMALAH PERSEMBAHAN
DARIKU YANG BERKELANA
SEMOGA DAPAT MENGHIBURKAN
DIRIMU SELAMA-LAMA…

Popular Posts