salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Wednesday, April 13, 2011

Budaya Memaki Budaya Kita?

Saya agak terperanjat apabila memeriksa ruangan 'Shout Mix' apabila pemilik blog SK Lunas Jaya, Kedah memaki saya kerana menulis komen tentang video persembahan tarian poco-poco yang dimuat naik di youtube yang sebenarnya bukan persembahan guru sekolah mereka tetapi SKLJ di Selangor.

Saya klik capaian di video itu dan pautannya ke laman web SKLJ, Kedah. Siapa ya, yang membuat pautan salah alamat ni? Menyebabkan orang yang kurang peka seperti saya melawat ke laman yang salah... lantas pula menimbulkan kemarahan pengendali laman web sekolah tersebut. Lantas pula pengendali tersebut gagal pula mengawal perasaan marahnya. Untuk pengetahuan beliau, menonton video itu, saya menonton wajah guru-gurunya, bukan tulisan di background pentas. Maaflah...

Walau bagaimanapun, saya sudah memaafkan kata-katanya yang kasar itu dengan harapan dia sedar dan boleh mengawal jejarinya daripada menulis makian dan sumpah seranah yang lebih teruk lagi kerana saya bimbang beliau gagal mengawal perasaan marah. Maklumlah, apa yang kita cakap, tulis, buat, cara bertindak... semuanya mencerminkan personaliti diri kita :)

Mereka Tidak Mengerti

FRGMEN 1
Perkara ini sudah menghantui fikiran saya sejak lama dulu. Malah semakin kerap sejak dua bulan lalu iaitu sejak saya mengambil alih kelas tingkatan 5 Harmoni menggantikan Encik Zulkifli yang bertukar ke SMK Paya Besar.

Perkaranya ialah bagaimanakah cara terbaik mengajar akademik kepada pelajar yang begitu lemah menguasai mata pelajaran di sekolah?
Tadi, saya berselisih dengan Amirul -- saya mengajar kelasnya semasa dia di tingkatan 1, 3 dan 4. Kini, dia di tingkatan 5.

Tahun ini saya mengajar kelas pemulihan menggunakan Program SELAN OSNI yang memenangi Anugerah Inovasi Peringkat Kebangsaan, iaitu satu program membaca yang dikatakan boleh dikuasai dalam tempoh tiga jam. Ya, pelajar berusia purata 14 tahun kenal huruf, tetapi gagal membunyikan gabungan konsonan dan vokal. Telah tiga jam perjumpaan, dan mereka begitu juga. Saya resah dan kasihan.

FRAGMEN 2
Luahannya begitu panjang dan meresahkan...

FRAGMEN 3
Kini, tiap kali saya berselisih dengan Amirul, memandang wajah Syahirah, Norliana, Rashidi, Fazli sementelah lagi... hati selalu berdetik, minda tidak berhenti berfikir, jiwa resah gelisah mencari jawapan, apakah kaedah terbaik untuk mereka? Agar mereka faham kehendak sukatan pelajaran dan hukum peperiksaan bahawa perlu lulus untuk berasa berbaloi sebelas tahun belajar sesuatu di sekolah.

Simpati melimpah, rasa bersalah menghimpun kian hari kian tinggi bebannya. Penawarnya setakat ini hanyalah: aku mengajar dan berpesan kepada mereka tentang realiti kehidupan. Bahawa pelajaran akademik ini hanya secebis bekalan, adakala tidak bergunapun. Bahawa menjadi manusia yang solat itu penting, menghormati sesama manusia itu wajib, mencari rezeki halal itu tuntutan fardhu ain untuk dirimu anak-anak. Bahawa kamu mungkin sangat tercicir dalam bidang akademik, namun untuk meneruskan hidup kamu perlu begini, perlu begitu. Inilah cikgu berpesan, "ingat saya pesan ni..."
"Iya, cikgu. Kami ingatlah ni..." menjawab dalam nada bosan kerana terlalu kerap mendengar pesanan cikgu.

Popular Posts