salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Monday, December 20, 2010

Aku, buku dan sepi...

ngeh...ngeh...ngeh... (ketawa sempoi orang sekarang).

Akhirnya, tersadai di belantara indah berkabus ini, saya berpeluang menelaah sebanyak-banyaknya buku dan majalah setelah usai tugasan berat sepanjang dua minggu lepas. Majalah SOLUSI sudah tiga keluaran tidak terbaca, akan diselesaikan malam ini. Juga sebuah karya Faisal Tehrani, Adventure Si Peniup Ney; percubaan pertama saya membaca novel beliau meskipun sudah lama mendengar nama dan membaca profilnya.

Begitupun, saya menyediakan beberapa naskah Hayati Berahim dan biografi Tun Dr. Ismail -- saya bimbang bosan dengan naskah Faisal Tehrani! Betapa prejudisnya saya kepada para penulis pascamerdeka hari ini. Maafkan saya, saudara penulis besar. Mungkin saya memilih naskhah yang betul yang mampu membuatkan saya terpikat untuk menjadikan tulisan beliau koleksi peribadi pula.

Sunday, December 19, 2010

Banyak Jenis Fobia

Mila semasa rawatan lelah di klinik. Kasihan kakak :(
PLOT 1
Saya memang fobia memandu laju selepas membuat semakan saman trafik kerana sepanjang 2006-2010, saman yang belum saya langsaikan berjumlah RM1050.00!!! Hello, sebanyak itu boleh lunch di Pizza Hut 15 kali tahu, atau boleh shopping di Ariani dan bawa balik tujuh lapan helai tudung premium yang eksklusif itu... atau boleh juga dapat paling kurang sebuah beg tangan jenama Guess yang menggoda jiwa raga. Siapa kata RM1000 tidak banyak? Atau kalau anda orang kaya, sebanyak itu sudah boleh dapat tiket MAS pergi lunch ke Beijing, ahaks....

Makanya, selepas menyelesaikan saman tersebut (terima kasih dan sekalung budi kepada Ketua Trafik Negeri yang sangat tegas dan garang!), saya masih fobia hingga sekarang. Jadilah saya memandu di sepanjang highway Kuantan-KL itu dengan kelajuan rewang -- istilah kami adik-beradik apabila sesekali balik dan meronda sekeliling kampung.

Bahaya juga, saya hampir terlelap beberapa kali kerana memandu perlahan 80km/j sambil dibuai melodi retro sepanjang perjalanan itu. Macam ini bila nak sampai? Kadang-kadang hati menggerutu juga. Namun, terbayang lima salinan saman, rasa serik menjadi pemenang. Saya tidak pernah serik sebegini.

PLOT 2
Sudah kerap juga saya terserempak dengan kemalangan jalan raya. Kali pertama sewaktu saya di sekolah rendah. Mangsanya patah-riuk, dan dikerumuni orang ramai. Waktu itu saya melihatnya tanpa perasaan apa-apa, manakala teman saya ketawa besar. Kali kedua kereta yang dipandu oleh suami melalui kawasan kemalangan dan saya sempat melihat sekujur tubuh ditutupi akhbar. Sudah tentu mangsa itu telah meninggal dunia. Melihat mangsa yang ditutup akhbar ini, kerap juga terserempak dan setiap kali itulah hati tetap berdebar-debar. Ngeri.

Manakala melihat kemalangan mamat penunggang motosikal yang terbabas dan tertonggeng di dalam semak, baru sekali. Itupun dia selamat keluar dari semak dan tersengih-sengih malu. Terbaru, empat lima bulan lepas semasa kami sekeluarga berkereta dan hendak 'u-turn' ke sebuah restoran, seorang lagi mamat bermotosikal terbabas ke atas bahu jalan. Tidak sempat kami keluar kereta, dia sudah bangun menyelamatkan motornya. Kasihan juga walaupun suami menuduh dia Mat Rempit-- memandu laju di tengah-tengah kesibukan bandar.

Sementelah adik ipar saya sendiri meninggal dunia kerana cedera parah akibat kemalangan ngeri, saya semakin terbiasa dengan berita-berita kemalangan di negara ini... hinggalah suatu senja nan permai itu.....................

PLOT 3
Sehabis memasukkan bagasi dan segala keperluan selama tiga hari, selesai juga memeluk cium putera puteri kesayangan, saya berangkat semula ke sebuah pekan kecil yang sesaknya macam ais dalam gelas sahaja. he he he... Apa tidaknya, perjalanan kiri kanannya dirimbuni hutan rimba, sesak dan 'traffic jammed' hanya sekitar 500 meter dalam pekan. Lucu sungguh, dan menyakitkan hati juga.

Petang yang redup, sesekali gerimis membasahkan cermin depan kereta.... dan suhunya, oh, sejuk! Saya memang alah dengan cuaca dingin, sebab itu saya tidak berpindah ke Eropah. Lebih-lebih lagi sekarang Eropah diselimuti salji tebal, oh, memang lemah sungguh kalau begitu!

Saya memandu sambil mata sesekali mengawasi meter kelajuan kereta, bimbang terlepas angka 110km/j. Penat juga kaki mahu mengawal tekanan minyak, kes fobia yang belum sembuh sepenuhnya. Dalam melayan angan-angan sambil menikmati panorama alam yang sungguh mengagumkan, bukit-bukau berserta kabus petang, seorang mamat bermotosikal sudah terpelanting dan terseret atas lebuh raya betul-betul di depan kereta saya.

Kalaulah... kalaulah... diulang, kalaulah dia terhumban ke tengah lebuh raya, tentu saja dia akan 'landing' di bawah kereta saya! Mujurlah... dan saya hanya ternampak motosikalnya melongsor ke arah kereta saya, namun saya terlajak ke depan sejauh lebih kurang 15 meter. Cepat-cepat saya memberhentikan kereta, berkejar ke arahnya. Dua tiga buah kereta turut berhenti. Saya mengutip topi keledar dan melihat si mamat sudah bangun tetapi begitu panik dan terkejut -- sama macam saya yang juga panik dan menggigil cemas.

Memang majoriti pemandu di negara kita masih prihatin jika terserempak dengan kemalangan. Masih ramai yang sudi berhenti dan memberikan pertolongan. Cuma, saya ingin menasihatkan anda yang terserempak dan menjadi saksi awal sesuatu kemalangan, hadkan soalan-soalan anda kepada mangsa. Elakkan bertanya dari mana hendak ke mana? Atau, buat apa hendak ke sekian sekian... Tanyalah perkara asas sahaja. Kasihan si mangsa yang sudahlah terkejut, kesakitan pula, panik lagi, dan perlu menjawab soalan-soalan ingin tahu anda, tetapi tidaklah pentingpun.
Saya orang pertama sampai ke arahnya menyuruh dia duduk dahulu dan bertenang walaupun saya sendiri sungguh 'gabra'. Seorang dua tolong mengutip barang-barangnya termasuk telefon bimbit. Seorang dua lagi menghubungi petugas lebuh raya. Tidak kurang ada yang menelefon. Bukan menelefon polis atau ambulans, tetapi menelefon seseorang lain memaklumkan bahawa dia terserempak kemalangan! Boleh macam tu? Atau anda sendiri pernah bersikap begitu, menelefon rakan taulan atau saudara mara memaklumkan pengalaman anda waktu mangsa itu memerlukan pertolongan. Cesh, cesh, cesh...

Saya 'respect' seorang pemandu yang turut berhenti dan bertanya, "awak seorang atau berdua?" kerana topi keledar yang saya kutip itu ada dua. Manalah tahu seorang lagi sudah terjun ke dalam gaung di sisi lebuh raya itu.

Walaupun dia hanya cedera ringan, luka sebahagian belakang badannya yang tersiat dimamah aspal keras dan tajam itu lama juga terbayang-bayang sebelum tidur. Maka, bertambahlah fobia saya kala senja yang hening itu....

caption: dan... fobia untuk gambar di atas ialah... saya sungguh fobia kalau anak demam kerana kemungkinan untuk dia bermalam di wad kerana jangkitan kuman sentiasa meresahkan.

Wednesday, October 20, 2010

Hadiah untuk Isteri

Hari ini masuk minggu terakhir bulan September. Hujan begitu lebat bagai dicurah-curah dari langit ketujuh. Angin ribut berputar tidak keruan, seakan-akan ingin menyapu bersih umat manusia dari bumi. Biar bumi suci bersih bagai dilahirkan semula. Pokok sabun di depan rumah melentur kiri kanan diarah angin kencang. Hujan lebat sungguh.
Namun, berehat di dalam rumah teres tiga bilik unit tengah ini, hujan ribut atau salji turunpun barangkali tidak akan mengubah suhunya. Panas dan rimas. Lebih rimas apabila menghitung hari memikirkan bulan Oktober yang tetap tiba walau tidak ditunggu.
Tekak Asdi ingin benar menjamah rokok waktu-waktu hujan begini. Namun, dia mematuhi peraturan yang digubalnya sendiri -- dilarang merokok di dalam rumah. Diluar tidak mengapa waima tiga kotak sekali gus!
Tingkap dibuka luas mempelawa angin kencang yang sejuk masuk mendinginkan sedikit ruang rumah. Dia menikmati tempias hujan yang masih mengguyur turun dari langit semesta. Hati, tenanglah, pujuknya.
Lapan belas tahun selepas melafazkan nikah dengan isteri yang sangat disayanginya, kasih sayangnya kini tercabar. Kalau dulu Nisah isterinya yang gempal itu rela bermadu dengan batang pancing dan kolam ikan, kini sudah bersuara sedikit-sedikit. Perlahan-lahan dan sangat meresahkannya.
Nisah sudah mula menyebut-nyebut nama bekas kekasihnya yang sebelum ini tidak pernah mendapat tempat dalam perbualan. Adakala Nisah melalut sampai menyebut nama Yusry KRU yang tidak pernah ditemui, malah sudah berusia begini berasa malu pula menyebut nama artis popular.
Nisah isteri yang baik. Memang suara Nisah tidak pernah perlahan kalau menguruskan keperluan dan tingkah laku anak-anak. Memang Nisah cepat membentak kalau dapur berkecah apabila sesekali Asdi turun menggoreng ikan bilis. Memang. Dia sudah lama maklum, sudah lama menerima kekurangan Nisah yang bukan kekurangan sebenarnya, lebih dianggap kemanisan dalam hidup berumahtangga mereka berdua.
Matahari bersinar terik, selepas semalaman bumi basah berlecak disiram hujan yang menggila.

upss... iklan sat. ada tetamu la datang waktu saya sedang berkarya :)

Monday, October 18, 2010

"Abang Tak Tahu, Mama."

"Roti tak ada, mama. Dah habis," perlahan dan dalam renungan comel yang menyembunyi resah, Zikry menghulur sedikit kepalanya di jeniang pintu. Agaknya bersedia untuk mengelak kalau-kalau Mama bertindak pantas mendaratkan penamparnya di pipi mungil itu.

"Tak ada tak mengapalah. Mana duitnya?" Suara lembut Mama tidak menyusut resah, malah menambah rasa bimbang. Biasalah kalau sudah bersalah.

"Duit tak cukup, Ma. Tercicir seringgit." Mata membulat bersinar menentang wajah Mama yang mengesan sesuatu. Tangan menghulur RM2 dan kaki selangkah mundur.

"Hilang seringgit, Ma." Sekali lagi bersuara perlahan. Buat apa pula 'ni - Mama menebak.

"Zikry buat apa dengan duit Mama?" Geleng.
"Tidak buat apa-apa."

"Cakaplah..." Desakan Mama sudah tidak dapat dielak. Lari bermakna tubuh akan sakit disinggah rotan plastik yang tersimpan di atas almari. Terus menunggu bererti menyerah diri untuk dihukum juga.

"Zikry beli aiskrim." Riak wajah si kecil enam tahun itu bertukar tona, bersedia membela diri. Tubuh kerdil bergetar dalam siaga kerana terlalu rutin dihukum dan disakiti. Kali ini perlu bersedia juga.

Mama terkesima, diam berfikir. Tidak terus bertindak seperti biasa, pantang melihat kesilapan anak kecil itu, hukum dulu. Menimbang kemudian.


adoi... sakit kepala kalau mendesak idea waktu2 tengah hari yang menyengat begini. nanti la akak sambung, ya dik....... :)

Sunday, September 26, 2010

Kitar Semula -- Fragmen 2


Apa sudah jadi dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam merealisasikan kempen kitar semula? Berjalan atau sudah terkubur?

Dalam tempoh lebih kurang empat bulan, keluarga saya menghasilkan satu beg plastik besar sampah dalam bentuk botol kaca, tin-tin dan plastik. Saya mengumpul dan mengasingkan antara sampah basah untuk dijadikan baja, sampah yang benar-benar perlu dibuang dan bahan yang perlu dikumpul untuk dibuang ke dalam tong sampah kitar semula.

Sepanjang perjalanan dari bandar Kuantan ke Persimpangan Lebuhraya Gambang - Segamat, saya menemui hanya dua lokasi yang menempatkan tong sampah kitar semula iaitu di dua stesen minyak. Tidak mengapalah kerana saya hanya ingin membuang satu plastik sahaja barangan kitar semula.

Malangnya, tong sampah di kedua-dua lokasi itu tidak digunakan dengan betul. Menjenguk ke dalamnya, pelbagai jenis sampah dibuang ke dalam tong-tong tersebut, malah pengusaha stesen minyak menyumbat kotak-kotak dan sampah lain sesuka hati mereka saja ke dalam kesemua tong. Saya sungguh kecewa dengan keadaan ini. Nampaknya, majoriti kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan menemui kegagalan. Perkara yang sebegitu mudah menjadi satu bebanan untuk orang ramai melaksanakannya. Rugilah...

Kitar Semula -- Fragmen 1

Pernahkah anda terfikir untuk mencapai beg guna semula (recycle bag) setiap kali melangkah keluar untuk pergi membeli-belah atau semasa sengaja 'window-shopping'? Itulah amalan saya setahun dua ini dan situasi yang dilalui adakala melucukan, tidak kurang begitu jengkel untuk dihadapi.

Semalam ketika membayar untuk sekotak piza panas, saya menolak sekali lagi beg plastik yang mereka gunakan dengan memberitahu saya membawa beg sendiri.

"Tak kena bayar, kak," cemas suara juruwang apabila saya menolak beg plastik yang membungkus piza itu.

"Kakaklah pelanggan pertama kami yang menolak beg plastik," beritahu pelayan restoran itu. Disebabkan dia menegur sambil tersenyum, saya mengambil peluang memberi taklimat pendek tentang kebaikan kitar semula. Dahinya berkerut sedikit membayangkan kesukaran untuk bersama-sama menjana sikap prihatin sebegini, manakala juruwang kelihatan agak hairan memandang saya.

Membeli-belah di Giant Supermarket dan membungkus menggunakan beg sendiri mudah kerana mereka faham malah menyokong kempen kitar semula. Sejak beberapa bulan ini, caj RM0.20 dikenakan bagi setiap beg plastik yang diberi kepada pelanggan yang membeli-belah pada setiap Sabtu. Sampai begitu sekali mahu memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan kitar semula.

Namun, mengecewakan apabila ada pasar raya yang tidak mengenakan caj tersebut bagi setiap beg plastik yang diberikan kepada pelanggan pada hari Sabtu. Ada juruwang yang terus memberitahu, "walaupun hari ini Sabtu, kami tidak caj untuk beg plastik, kak."

Malah, masih ada pekerja pasar raya yang mendesak saya menerima beg plastik mereka kerana bimbang dimarah oleh pihak pengurusan. Sungguh cetek pemikiran pemilik dan pihak pengurusan pasar raya dalam soal penggunaan beg guna semula, bukan susah pun! Mereka lebih untung sebenarnya kerana tidak perlu menyediakan beg plastik untuk pelanggan mereka.

Saya mengambil tahu kesan sampah-sarap dan plastik terhadap alam sekitar, dan menjadi satu kegembiraan apabila kita bertindak betul. Saya kerap membawa bekas sendiri ketika membeli kuih untuk sarapan, malah ketika membeli nasi lemak atau mi goreng juga. Sepanjang Ramadan, sesekali ke bazar Ramadan, saya membawa bekas sendiri dan seronok melihat ekspresi wajah peniaga atau pelanggan lain melihat saya menghulur bekas untuk mengisi makanan yang saya beli. Menjadi satu kepuasan apabila kita boleh memperlihatkan contoh kepada orang lain walaupun orang melihat kita sebagai pelik, tidak kurang menunjukkan rasa kurang senang. Biarlah...

Thursday, September 23, 2010

DI MANAKAH RASIONALNYA?

Hey guyz... ada satu situasi yang rasanya harus dikongsi untuk melegakan 'kerawang atma'ku. Isu kecil sahaja tapi cuma menjadikannya sebagai satu gangguan untuk mood ceria Aidilfitri tahun ini.

Apabila mertua disahkan kanser paru-paru dan perut tahap 4 pada Mac lalu, kami sekeluarga berusaha mendapatkan rawatan alternatif kerana rawatan hospital hanyalah sekadar morfin sebagai ubat tahan sakit paling kuat; dan kaunseling untuk pesakit dan keluarga. Kami akur dengan penerangan doktor bahawa sebagai waris pesakit, pilihan kami hanya terhad kepada menghabiskan sisa waktu yang ada dengannya.

Dalam pada ke sana sini memenuhi keperluan rawatan alternatif, ada pihak yang memberikan sedikit sinar harapan apabila memeperkenalkan satu pusat rawatan Islam di Ipoh. Sejauh itu kami pergi untuk mendapatkan rawatan, 'when it comes to the payment', syarat yang diberi ialah sepotong ayat :"kalau lambat bayar, pesakit lambat sembuh" dalam keadaan kami menerima resit bayaran RM3500!

Saya tidak pernah berkira tentang duit ringgit, namun sepotong ayat itu cukup membuatkan persoalan timbul. Mengapa ada syarat begitu, mengambil kesempatan atas kesulitan dan keadaan kami yang terdesak ini? Sampainya hati...

Keadaan mertua tidak berubah, 'more worst actually', namun keluarganya melihat abah boleh berbual walaupun tidak boleh bergerak sebagai perkembangan positif.

Pendapat doktor yang berdasarkan petunjuk-petunjuk hasil ujian klinikal, biasanya selari dengan kehendak takdir Ilahi. This is fact, accept it, things 'll become better, I think. You?

Penyudahnya, janji Abah dengan Allah tetap tiba. Mungkin disebabkan tidak pernah menjaga pesakit yang terlantar, penjagaan kebersihan Abah agak terabai menyebabkan organ termasuk jantung tidak berfungsi akibat jangkitan kuman. Beliau meninggal dunia kerana menanggung kesakitan akibat kanser dan serangan kuman dalam darah dan organ.

Tinggallah anak-anaknya meneruskan kehidupan mengikut acuan fikiran dan kepercayaan mereka yang telah menggugat silaturahim antara saya dan mereka... Sungguh mengecewakan :(

Tuesday, July 6, 2010

"Maafkan cikgu, Nani."


Pulang dari tempat kerja petang ini, saya teresak-esak di tikar sejadah. Mengenangkan betapa keprihatinan saya telah ditelan oleh secebis pengalaman pahit bersama-sama seorang pelajar kira-kira sepuluh tahun lalu. Momen hitam itulah yang menjarakkan hubungan saya dengan pelajar-pelajar saya sejak hari pertama saya melapor diri sebagai guru. Apabila difikir-fikirkan, memang tidak patut saya menjadikannya tembok kebal antara saya dan para pelajar, tetapi entahlah…

Wajahnya yang bujur sirih, pipi penuh dan bentuk bibir yang bagai sentiasa tersenyum manis mengingatkan saya kepada anak buah di kampung. Itulah pun ayat pertama saya menyapa gadis pendiam ini ketika melangkah kali pertama ke kelas 3 Sejahtera pada 2008. Dia hanya tersenyum hormat.

“Wajah awak iras betul dengan anak buah saya,” dan namanya terus melekat kuat dalam ingatan saya dalam keadaan saya mengajar tujuh kelas pada 2008, mengingati nama pelajar seramai lebih 100 orang memang agak sukar.

Sejak itu, memang dia menjadi perhatian saya, membantunya mendapat A dalam subjek Bahasa Malaysia PMR. Melangkah ke tingkatan empat, kami berpisah. Tegur sapa hanya bertukar-tukar salam dan senyum. Saya selalunya menegur lebih dulu kerana dia ini pendiam orangnya. Selalu saya menyapa “hai, my sweetgirl…!” dan dia hanya menyambut dengan senyuman yang ramah dan manis seperti biasa.

Pendapat peribadi saya, usah terlalu banyak tahu tentang seseorang pelajar kerana akan susah jadinya nanti. Pelajar datang daripada latar belakang yang pelbagai dengan rencam kisah hidup yang juga berbagai-bagai. Saya bukan sesuka hati berpendapat begitu kerana saya pernah terlibat dengan masalah pelajar yang membuatkan saya serik. Adakala, kita buntu untuk membantu manakala memandang saja akan membuatkan diri dirantai rasa bersalah yang berpanjangan. Saya kira, itulah dilema guru-guru kita yang berhadapan dengan pelbagai kisah anak-anak murid masing-masing.

Pagi tadi, saya menghadiri perhimpunan harian dan Cikgu Asmawi menyebut senarai nama anak-anak yatim yang terlibat dengan satu program peringkat daerah. Dia bersama-sama berkumpul dalam kumpulan itu dan saya terpana… Eh, dia anak yatim? Sejak bila?

Cepat-cepat saya memanggil rakannya, Siti dan bertanyakan lebih lanjut. Rupa-rupanya dia kematian emak sejak berusia lima tahun, anak bongsu dan kini tinggal berdua dengan ayahnya sahaja. Cuainya saya kerana tidak pernah ambil tahu tentang latar belakang gadis itu. Sudah hampir tiga tahun saya mengenalinya dan sentiasa berpapasan di koridor, saya langsung tidak cakna. Argh…!!

Masa luang kelasnya di perpustakaan, saya mengambil peluang bertanya lebih lanjut.

“Dah tak ingat sangat kenangan dengan emak, cikgu. Masa tu saya kecil lagi,” jelasnya lembut. Airmata saya jatuh ke dalam mendengar jawapannya. Teringat dia sebaya anak perempuan saya kini semasa ditinggalkan ibunya dulu. Dia bercerita perlahan-lahan menjawab setiap soalan saya; beraya di kampung sebelah emak setiap kali Aidilfitri, “ayah yang masak masa sekolah, kalau masa cuti sayalah yang masak, cikgu.”

“Aidildha biasanya kakak saya yang masak, kami beraya di sini saja.”
“Semua abang dan kakak saya tinggal jauh, cikgu. Sayalah peneman ayah.”
“Macam-macam sakit emak dulu. Jarang-jaranglah cakap pasal emak, cikgu. Nanti sedih pula…” luluh jiwa saya mendengar jawapan tulus seorang anak yang telah 12 tahun kehilangan kasih sayang dan belaian seseorang bergelar emak. Alangkah sedihnya hati, alangkah hibanya apabila kawan-kawan lain berpeluang merasa masakan ibu setiap hari, istimewa pada Aidilfitri mulia, tapi dia sudah lama melupakan saat-saat istimewa itu. Jika momen itu hadir sekalipun, tentulah samar-samar kerana memori seusia 5 tahun telah jauh ditinggalkan.

Saya pernah terpandang dia berjalan kaki pergi balik dari sekolah. Apabila ditanya, katanya rumah jauh juga tetapi sudah biasa berjalan kaki, dan saya tidak terpanggilpun untuk memikirkannya, jauh sekali untuk menumpangkannya pulang. Sungguh, momen pahit semasa bergelar guru sandaran dahulu meragut nilai empati daripada diri saya. Mengapakah saya trauma sebegini rupa sehingga sisi kesedihannya terpaksa dilalui dan ditelannya sendiri? Malah jika berkongsi sekalipun, hanyalah dengan teman-teman seusia yang mampu mendengar tanpa dapat menjadi pengganti seorang ibu.

Patutlah dia membesar sebagai remaja pendiam dan terkawal. Tentu ayahnya mendidik dengan baik. Semoga dia dapat meneruskan kehidupannya dengan kasih sayang bapa dan abang kakaknya tanpa berasa apa-apa kekurangan.

Berada di tingkatan lima sekarang, saya berasa terkilan kerana agak lambat untuk mencurah rasa prihatin dan mengasihinya. Saya tidak berhasrat langsung dan tiada kelayakan untuk menjadi pengganti ibu yang telah berpulang ke Rahmatullah, Cuma saya ingin memberikan sedikit rasa mempunyai seorang ibu dalam meniti saat remaja yang mencabar ini. Rasanya kehadiran seorang ayah mungkin tidak lengkap kerana ada sisi peribadi lain yang janggal dikongsi dengan ayah, ingin sekali saya mengisi tempat seorang ibu untuknya. Sementelah dia belum mengisi kekosongan itu dengan seorang teman lelaki, mahu saja saya melamarnya menjadi anak remaja saya. Kalaulah diturut rasa hati...

Begitupun saya percaya, kehidupan yang dilaluinya sejak 12 tahun lalu sudah menjadikannya lali meskipun pulangnya dari sekolah hanya disambut ayah; terpaksa mengambil alih tugas emak memasak dan mengelolakan rumahtangga berbakti untuk ayahnya, dan menguruskan keperluan dirinya tanpa bantuan emak. Pasti semuanya sudah menjadi satu kebiasaan meskipun sesekali kerinduan dan hiba bertandang juga. Sabarlah Nani, kamu beruntung terpilih menerima anugerah Allah bergelar anak yatim sejak kecil.

Pastinya bukan dia seorang bernasib sebegitu, selamilah latar anak-anak murid kita, tentu warnanya begitu abstrak... dan adakala kita buntu bagaimana mahu bereaksi?

Saya kehilangan emak semasa usia 25 tahun, namun lukanya tidak pernah sembuh. Meskipun berpeluang bersama-sama emak selama 20 tahun lebih lama berbanding dia, saya berasa separuh kehidupan yang saya lalui sama sepertinya.

Rumah kami sepi dan lengang, laman kami lapang tanpa bungaan mekar seperti laman jiran-jiran. Namun, saya sentiasa berusaha mencairkan kebekuan itu dengan bukaan tingkap yang luas membenarkan cahaya mentari menyinari rumah kami yang suram. Jika saya berada di rumah, semua jendela terbuka luas memanggil keceriaan agar menerobos ke ruang kediaman kami.

Adakala apabila rindu bertandang, saya membuka pintu dapur memandang redup petang atau gerimis yang gugur, menunggu kalau-kalau emak yang pergi 'entah ke mana' itu pulang akhirnya. Bukan menafikan suratan, namun itulah interpretasi kehibaan dan rindu seorang anak yang ditinggalkan... Begitulah hidup ini, tiada yang abadi... ;)

Tuesday, June 22, 2010

kerjaya baru... suasana baru

Dear myself…

Minggu ini (sebenarnya bermula seblum cuti penggal 5-20 Jun 2010), kalangan rakan sudah hangat memperkatakan tentang tawaran kerjaya Pensyarah di Pusat Matrikulasi KPM yang diterima oleh beberapa rakan sekerja. Ucapan tahniah berlegar di udara, manakala individu yang menerima berita dengan perasaan gembira bercampur resah barangkali. Gembira kerana kerjaya bertambah sinar gemilangnya, bresah kerana Pusat Matriks yang agak berjarak dengan kediaman.

Kepada saya, memohon dan menerima sebarang tawaran daripada mana-mana Jabatan selain sekolah merupakan satu escapism terhadap kelelahan menghadapi kerenah pelajar sekolah yang pelbagai. Jika sekolah harian biasa, seribu masalah boleh disenaraikan membuatkan hanya yang kental atau tiada pilihan boleh bertahan hingga tarikh bersara. Pergilah ke mana-mana sekolah harian biasa, jika niat anda untuk tidak terlibat dengan seribu cabaran itu, pasti harapan anda musnah.

Kau redahi tujuh belantara beronak duri,
Kau rentasi tujuh padang pasir terbentang tidak bertepian,
Kau renangi tujuh lautan api,
Jika niatmu ingin lari daripadaku;
Kita tetap akan bertemu…
Tetap bertemu jua…!

Apapun, bertugas dengan pelanggan yang terdiri daripada pelajar terpilih daripada keputusan SPM yang cemerlang seribu kali lebih mudah. Dengan tawaran kenaikan pangkat yang menggoda, pastilah sesiapapun akan meninggalkan bilik guru untuk berpindah ke bilik individu sebagai Pensyarah pula. Sementelah beban tugasan yang renyah selama ini sudah terangkat daripada bahu yang memikul, malah peluang melanjutkan pelajaran dengan biasiswa penuh juga terbuka luas. Oh, tidak teringinkah yang masih tinggal?

Kepada Zura, Ain, Ros, Idra dan Syam, selamat bertugas di tempat baru. Semoga harapan agar kelegaan dalam menjalankan tugas akan terpenuh. Selamat menyambung pelajaran dan damailah di Matriks sana. Kami guru-guru di sini akan meneruskan kelestarian Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan semangat membara.

p/s: Kalau semangat menyejuk, kami juga akan menyusul kalian nanti….he he he

Wednesday, June 16, 2010

Hamba Datang Lagi...

Kewajipan seorang Muslim
Solat lima waktu...

Kudengar merdunya suara azan
Berkumandang melaungkan seruan sembahyang
Memenuhi kewajiban seorang insan
Solat lima waktu sehari semalam...

Berwuduk taharah mensucikan diri
Berkiblat menghadap Ilahi Rabbi
Berdoa memohon petunjuk suci
Pada-Mu ya Allah yang Maha Memberi

Kini hamba datang lagi
Dengan hati berseri
Ingat akan janji
Bahawa hidup mati ini
Ilahi Rabbul'alamin

Kini hamba datang lagi
Pasrah berserah diri
Mendekatkan hati
Pada-Mu yang Maha Suci...

Thursday, June 10, 2010

strawberry everywhere....

Mila suka sangat strawberry segar dimakan begitu sahaja, Ajmal x pandang pun... but, bila I buat strawberry chocolate... Ajmal makan x ingat orang lain dah... pulun sakan!!!

Hari ini hari ketiga kami sekeluarga menghabiskan percutian ke CH. Sebenarnya saya membeli satu pakej percutian Leisure Holidays semasa MATA Fair tahun lepas. Selepas beberapa tahun bekerja, pertambahan tugas meletakkan saya dalam tekanan kerja yang tidak dirasai pada tahun-tahun terawal perkhidmatan. Sudah beberapa lama sebenarnya saya menimbang untuk membeli pakej percutian kerana pergi bercuti kelihatannya seperti suatu keperluan pula kepada diri saya untuk meredakan bebanan tugas yang menekan saban hari.

So, CH masih dingin seperti 10 tahun dahulu agaknya. Saya berpeluang merasai kesejukan malamnya yang mencengkam (kalau air-cond kan boleh dikawal!), paginya yang dingin berkabus dan petang yang nyaman. Juga berpeluang menikmati kehangatan mentari tengah hari walau sebentar.

CH masih dara ketika ini. Tidak banyak pembangunan yang dirancang agaknya. Harap-harap tiada bangunan konkrit ditambah (harapan cuma…). Sungguh ironis apabila pencerobohan tanah-tanah hutan CH berlaku berleluasa ketika ini dalam keadaan pekannya masih terpelihara berbanding Pulau Langkawi yang sudah diperkosa kemajuan! Mana tidaknya. lawatan kami tahun lalu setelah meninggalkannya selama 10 tahun, saya terkilan sungguh melihat Kuala Lumpur berada di Pulau Lagenda itu. Pantai Cenang bertukar wajah 100 peratus.

Saya masih ingat dulu saya amat santai menikmati ombak Pantai Cenang yang berair sejernih kristal, melihat dan hampir dapat menyentuh ikan-ikan yang jelas kelihatan berenang di dalam air lautnya yang biru. Jeti tempat feri berlabuh juga dikelilingi kejernihan air laut yang membiru… Kini, jika ingin mandi laut berair jernih, kita perlu mengikuti pakej lawatan ke pulau-pulau lain yang belum tercemar pula di sekeliling Langkawi. Betapa nazaknya pantai Langkawi yang original; malah laut jeti sudah menjadi kembar jeti Pulau Pinang pula!

Kembali ke CH, ramai rakan berkempen tentang murahnya harga sayuran di tanah tinggi itu. Saya ke pasar setiap hari. Lucunya saya kerap mendengar pelanggan merungut harga sayuran lebih mahal berbanding di bandar-bandar lain.

“Kalau harga lebih mahal daripada di bawah, penat saja saya naik ke atas, ingatkan harga sayuran murah,” rungut seorang wanita di gerai sayuran Pasar Minggu Brinchang.

“Nak cari gerai Melayu pun susah,” keluh pula suami apabila saya terbeli kuih cucur di gerai yang menggunakan khidmat buruh Indonesia sebagai jurujual. Buang sajalah nampaknya.

“Nak buat macam mana, diaorang yang datang dulu ke sini. Ini tempat mereka,” kata pula makcik di Ladang Strawberry Haji Jaafar di Kampung Sedia apabila saya menyuarakan isu itu ketika memetik buah yang meranum.

“Kalau nak datang, datanglah pagi-pagi. Banyak strawberry masak. Tapi, cuti sekolah macam ni, habis buah masak dipetik pelancong, kalau lambat tinggal yang muda saja di pokok,” terangnya ramah. Memang pun ketika saya datang, payah untuk berjumpa buah yang masak lebat di tangkai, sudah habis dipetik orang lain rupa-rupanya.

Sebanyak-banyak gerai di CH, tiada yang menjual anak
pokok teh. Boleh???
Saya dan anak-anak ke Ladang Teh milik BOH berhadapan Kea Farm di pinggir jalan Brinchang-Kampung Raja. Mulanya suspens juga mencari Rose Valley. Wah, betul-betul ‘valley’ rupa-rupanya apabila menuruni bukit yang begitu curam! Saya hampir berpatah balik apabila tidak berjumpa Rose Valley. Sungguh ramai pelancong memborong sayuran tapi saya mencari anak pokok teh untuk ditanam di tepi pagar rumah.

“Tak pernah ada orang jual,” terang peniaga gerai bungaan. Setakat bunga kekwa, di Kuantan ada…. fikir saya. Saya juga tidak begitu berminat membeli sayuran yang berlambak kerana kepada saya, semuanya ada di Kuantan.

Sepokok spesies periuk kera lebih menarik perhatian saya, namun sepasu kecil harganya RM28. Lupakan saja… minta anak buah masuk hutan dan pasti saya akan dapat memiliki spesies itu.

Kawan-kawan mengirim strawberry. Nantilah… pulang ke Kuantan, saya akan dapatkan strawberry di Giant… ha ha ha! Bagaimanapun, kami sekeluarga memang makan strawberry sebanyak-banyaknya, mengambil kesempatan berada di tempat asalnya, tanah tinggi...:)

Thursday, June 3, 2010

2010 -- perjumpaan semula yang manis

bacth kami, kursus Komunikasi USM di School of Communication USM ada sejumlah ><120 40="" about="" adik-beradik.="" akrab="" bagai="" berlainan="" br="" dalam="" dan="" hubungan="" iaitu="" in="" ini="" jurnallist="" kewartawanan="" kursus="" major="" majoring="" menariknya="" orang.="" penerbitan="" pengiklanan="" pengkhususan="" radio="" students.="" tv="" walaupun="">
masing-masing perasan major merekalah paling glamor. saya cukup berterima kasih kpd rakan-rakan dalam bidang penerbitan televisyen & radio kerana semasa latihan amali mereka di TV3, mereka menggunakan kelebihan itu untuk membantu rakan baik kami yang diserang kanser mendapat bantuan kewangan bagi membiayai kos perubatannya. biarpun Allah lebih sayangkan Allahyarham Zuraida Mohd Taha, tapi usaha rakan-rakan adalah terjemahan keakraban dan kasih sayang ketika di perantauan.

saya sentiasa ingat pesanan Rin@Siti Zurina Mat Saman semasa berjumpa di USM selepas pendaftaran pelajar baru bacth 1995-1996. "mula-mula kita kena cari kawan sebab kita sorang-sorang je kat sini." katanya ringkas, sejurus kemudian sudah 'berkeriau' memanggil rakan baru ditemui, Khairunnisa' Che May@Cak. Rin rakan lama semasa menengah rendah di Temerloh.

telah >< 3 tahun tinggal di bawah ketiak emak memang 'home sick' peringkat tenat.

Tuesday, June 1, 2010

draf ULBS menengah atas F4 MPV

SELAMATKAN HIDUPAN LIAR

PENGERUSI (P):
Salam dan salam sejahtera kepada guru penasihat, Puan Faziah Jaafar dan rakan-rakan dari kelas 4MPV. Bersyukur kita kpd Ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan kurnia-Nya, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam acara Forum Khas bersempena penilaian ULBS pada tahun ini.

Tajuk kupasan forum kami pada hari ini ialah kempen Selamatkan Hidupan Liar. Untuk tidak membuang masa, saya perkenalkan ahli panel forum pada kali ini iaitu di sebelah kanan saya, ____________________________________________ dari __________(nama jabatan)_____________, dan_______________________; manakala di sebelah kiri saya ialah _________(nama jabatan) ________________ dari ____________(nama jabatan)__________.

Hadirin yang dimuliakan, biarlah saya terus ke soalan pertama untuk panel yang pertama iaitu _______________________; bolehkah saudari nyatakan definisi atau maksud _____________tema/kata kunci_____________ yang kita perkatakan pada hari ini?

PANEL 1 (P1):

Terima kasih saudari/a pengerusi majlis. Salam sejahtera kpd semua hadirin yang mengikuti forum pada hari ini. Merujuk kepada soalan pengerusi sebentar tadi, ______________kata kunci_______________ membawa banyak maksud, antaranya _____________(rujuk kamus)_______________. Memang tidak dinafikan bahawa spesies hidupan liar di negara kita kian terancam hari demi hari. Bukan sedikit spesies hidupan liar yang kini hanya tinggal nama seperti _____________________, _______________________, _____________________ dan banyak lagi jenis haiwan liar yang sudah pupus. Kepada saya, kitalah sebagai generasi yang tinggal perlu berusaha untuk meneruskan kelestarian hidupan ini dan menyelamatkan spesies yang masih tinggal.

P:
Terima kasih saudari/a ____________________. Ya, saya setuju dgn pernyataan panel pertama kita tadi bahawa hidupan liar semakin terancam dan kian pupus dari habitat semula jadi mereka. Fokus kita pada hari ini berkaitan haiwan liar yang perlu diberi perhatian agar tidak pupus ialah penyu; sejenis spesies yang memang terancam dan jumlahnya kian berkurangan hari demi hari.

Saya ingin bertanya kpd Panel kita yg kedua; apakah sebab-sebab yang menyebabkan haiwan seperti penyu ini kian berkurangan. Apakah sebabnya saudara/i?

PANEL 2 (P2):
Ya, terima kasih saudara/I pengerusi majlis. Salam sejahtera kpd semua hadirin yang mengikuti forum pada hari ini. Merujuk kepada soalan pengerusi sebentar tadi, saya bersetuju untuk mengatakan bahawa penyu antara hidupan liar yang mengalami kepupusan dan memerlukan perhatian serius semua pihak bagi mengelakkan ia terus pupus.

Pengerusi, pada hemat saya antara sebab yang menyumbang kepada kepupusan spesies penyu ini antaranya pencemaran laut yang kian berleluasa pada dekad-dekad terakhir ini. Pembuangan sampah-sarap, tumpahan minyak, pelepasan sisa kilang seperti sisa toksik ke laut lepas menyebabkan laut sudah tidak menjadi habitat yang baik untuk hidupan akuatik termasuklah penyu.

Dalam hal ini, bukan penyu sahaja yang menjadi mangsa, malahan semua hidupan marin menjadi mangsa dan kehilangan habitat yang sempurna. Tidak hairanlah penyu yang kita tahu sukar untuk mencapai tahap dewasa pada habitat yang biasa, apatah lagi jika habitat mereka terancam, lagilah haiwan ini semakin pupus. Kembali kpd pengerusi. Terima kasih.

P:
Terima kasih saudari/a ____________________. Ya, saya setuju dgn pernyataan panel kita yang kedua tadi bahawa memanglah pencemaran laut atau marin menjadi antara punca utama kepupusan penyu. Sebab itulah kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengelakkan daripada terus melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran laut seperti aktiviti2 yg telah disenaraikan oleh panel kedua kita sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, marilah kita beralih kepada panel kita yang ketiga. Mungkinlah ada lagi penyebab yang memberi sumbangan terhadap kepupusan dan kemusnahan habitat untuk penyu ini?

PANEL 3(P3):
Ya, terima kasih saudara/i pengerusi majlis. Salam sejahtera kpd semua hadirin yang mengikuti forum pada hari ini. Merujuk kepada soalan pengerusi sebentar tadi, saya bersetuju untuk mengatakan bahawa penyu antara hidupan liar yang mengalami kepupusan dan memerlukan perhatian serius semua pihak bagi mengelakkan ia terus pupus dari muka bumi ini seperti dinosaur.

Saya ingin menambah bahawa selain pencemaran laut sebagai penyebab seperti yang diperkatakan oleh panel kita yang kedua tadi iaitu saudara/i ________________, saya percaya kegiatan pemburu haram juag menjadi punca kepupusan penyu.

Saya ingin menekankan bahawa ada sesetengah orang yang menganggap bahawa penyu merupakan hidangan eksotik yang istimewa dan sukar diperoleh. Penyu mengalami nasib yang sama dengan gajah sebenarnya yang diburu untuk gading, atau buaya dan harimau yang diburu secara besar-besaran untuk industri barangan kulit.

PUSINGAN 2

P: Terima kasih kpd penonton kerana masih lagi setia mengikuti perbincangan kita pd hari ini berkaitan dgn tajuk _________________________________ . Sekarang kita akan beralih ke pusingan kedua forum pd hari ini. Saya ingin menujukan soalan ini kepada panel kita yang kedua iaitu saudara/i ____________; apakah kesan paling ketara pencemaran laut ini terutamanya kepada hidupan marin dan pelaut khususnya nelayan terutamanya nelayan kecil di perairan kita? Silakan.

P1: Terima kasih kpd Pengerusi. Sungguh bagus soalan yg diberikan kerana kita memang perlu prihatin terhadap kesan akibat setiap tindakan kita terutamanya yang melibatkan alam sekitar kita. Saya merujuk kepada kajian ___________________ yg menyatakan bahawa kesan paling ketara kpd hidupan laut terutmanya ikan dan terumbu karang ialah _____________________________. Nelayan kita juga menerima kesan buruk antaranya seperti ________________________ akibat pencemaran laut ini.

Saya ingin menarik perhatian penonton bahawa sehingga tahun 2009, purata pendapatan nelayan hasil tangkapan laut menurun dgn sangat ketara. Kita bukan sekali mendengar rungutan dan keluhan para nelayan kecil kita berkaitan hasil tangkapan laut mereka.

P: Terima kasih kpd saudara/i _______________ atas pembentangan yg sgt jelas itu. Beralih kita kpd panel yang kedua. Soalan saya ialah ________________________ kesan kpd negara.

P2: Jawapan.

P: Terima kasih kpd saudara/i _______________ atas pembentangan yg sgt jelas itu. Beralih kita kpd panel yang ketiga. Soalan saya ialah ________________________ kesan kpd planet bumi/keseluruhan.

P3: Jawapan: kesan kpd dunia secara keseluruhan.

P: Soalan kpd panel 1: Langkah mengatasi pencemaran daripada lebih berleluasa.

P1: Jawapan dlm bentuk cadangan.

P: Soalan kpd Panel 2 & 3.

Nota: Begitulah pusingan Pengerusi dalam tugasnya melontarkan soalan hinggalah pusingan kesimpulannya.

Selamat menulis skrip dan selamat membentangkan tajuk masing-masing. Terima kasih.


LAGUKU JADIKAN KENANGAN
PENAWAR HATI RINDU
DIRIKU USAH KAU KENANGKAN
AKU PENGHIBURMU…

TERIMALAH PERSEMBAHAN
DARIKU YANG BERKELANA
SEMOGA DAPAT MENGHIBURKAN
DIRIMU SELAMA-LAMA…

Monday, May 24, 2010

KAMI GURU MALAYSIA

salam dan sejahtera buat diriku sendiri... :)
16 Mei 2010 mencatat memori manis apabila kami guru2 daerah Kuantan khasnya berpeluang menyambut Hari Guru peringkat kebangsaan di Kuantan, Pahang menjadi tuan rumah adanya. terimbas sejarah mulanya pembabitan saya dalam bidang yang begitu asing ini.

I'm crazy on journalist!! I really crazy on it... persiapan SPM dan STPM bertemankan radio transistor dengan celoteh penyampainya yang segar sepanjang malam, saya menyimpan cita-cita untuk bekerja sebagai wartawan, satu karier asing di kampung saya 20 tahun lalu. so, I'm struggle on it. saya mencari maklumat, straight ke STPM kerana kursus Kewartawanan di ITM ketika itu mensyaratkan STPM sebagai tiket mengambil kursus itu.

ketika rakan2 lain merayakan kejayaan diterima masuk ke ITM selepas SPM (ketika itu memasuki ITM idaman semua lepasan SPM), saya pejam mata meneruskan pelajaran hingga selesai STPM. namun beralih arah dari ITM Shah Alam dengan mengisi borang kursus Komunikasi Kewartawanan yang ditawarkan di USM, Pulau Pinang.

saya all out ketika menjalani latihan amali di Karangkraf SB, ketika itu di TTDI, KL. ketika ditanya Ketua Pengarang, Encik Abdul Jalil Ali tentang minat sya ketika itu, pada usia 24 tahun, sudah tentu hiburan masih menguasai fikiran. saya kira saya cemerlang di Media Hiburan (MH) kerana selepas temubual dengan Haliza Misbun, Karangkraf menawarkan jawatan wartawan kepada saya selepas selesai berijazah.

penangan cinta mungkin, saya bertukar bidang pendidikan tidak sampai setahun bergelar wartawan, karier yang saya kejar sejak di bangku sekolah!

saya teringat saya pernah berkata kepada seseorang: "being teacher is the last thing that I will do".

and.... here I am!!! tekad, keinginan, semangat dan perjuangan. saya mendapat tempat dalam bidang pendidikan kerana semua itu, tidak ada sebarang kabel. benar... memasuki dunia pendidikan tanpa minat memang berbahaya. kita cenderung berdosa kepada pelajar. maafkan saya 3 Gigih 2003, kerana menjadi kelas eksperimen saya. saya fikir saya akan bertukar tempat kerja sepuluh kali setahun kot....

surprise... hampir 9 tahun saya masih di sini, dalam dunia pendidikan mengabadikan kudrat selagi terdaya untuk nusa dan bangsa (wah...!!!). begitu begini, rupa2nya kerjaya dalam bidang ini memberikan sinar untuk dinikmati biarpun perjuangan tidak pernah selesai.

dan, berada di sini menghayati puisi Guru Oh Guru karya agung Allahyarham Usman Awang, saya menyapu air mata yang menitis. begitu mulia pekerjaan kami, apakah kami sanggup khianati dengan segala macam tuntutan golongan guru yang tidak pernah habis, dengan cara kita meladeni pelajar hari ini? oh, sungguh ironi dengan penghargaan dan penghormatan yang diberi sebegitu rupa! apakah lagi yang belum cukup diberi kepada kita? apakah kita sudah all out memberi kepada anak-anak murid kita, hingga segala macam rungutan tidak pernah berkesudahan?

berdiri menyanyikan lagu Guru Malaysia penuh bangga, apakah kita sudah tunaikan apa yang kita janji? saya fikir belum...

benar kata Datin Shamsiah daripada Bahagian Teknologi Pendidikan KPM, Bukit Kiara,
jika kita samakan pekerjaan kita dengan rakan kita yang menduduki kerusi lain di sektor awam seperti;

** semua pegawai bergred 41 yang ada kerani, ada bilik sendiri, pergi mana2 ada driver dengan kenderaan pejabat, ada rakan sama gred dengan kita merasmikan majlis (Tok Penghulu @ Penolong Pegawai Daerah -- ADO),
** ada yang sama gred dgn kita sebagai Penolong Ketua Sektor...
** kalau di hospital kita sama gred dengan doktor kot... ada ramai nurse utk diberi arahan;
** mungkin kita sama dengan Pengurus bank ????

jika kita menyamakan kedudukan pekerjaan kita sama dengan mereka, kita menuntut keselesaan dan kemudahan seperti yang mereka ada, timbangkan semula, kita mungkin salah pilih kerja! GURU bukan pekerjaan untuk KITA. kata Datin Shamsiah, anda kena letak jawatanlah kalau begitu. salah pekerjaan!!!

adakala sms hari guru dan rungutan di akhbar2 guru merangkap segala2 pekerjaan... tukang itu ini, segala 'PE...' yang ada. yes, you are!

kembali ke alam realiti, bersyukur dengan apa yang ada, laksanakanlah tugasan kita tanpa sebarang TANDA-TANDA tidak puas hati (banyaklah jenis tanda-tandanya, kan...). semoga kita tenang menghadapi rutin pekerjaan kita yang kita rasa kita telah pilih dengan betul ini.

saya yang menjadikan karier ini sebagai pilihan terakhir, kini menerima dan melaksanakan tanggungjawab ini dengan lapang dada, anda yang memilih bidang pendidikan sebagai pilihan pertama ketika ke universiti, bagaimana pula? takkan tidak boleh lebih daripada saya? rugilah KPM........;) LOL

Wednesday, April 14, 2010

Kita Hanya Merancang :)

hi there... sejahtera buatmu.
dalam meniti kehidupan dan menunaikan tanggungjawab kerjaya, benarlah bahawa manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Januari 2010, saya tidak mempunyai perancangan hebat terutamanya dalam kerjaya. niat saya hanya untuk meneruskan semua perancangan pihak pentadbiran dan melaksanakan aktiviti panitia dan 'core business' kami seadanya. the most important thing is to help 3S gets straight A's in BM. thats all.

tapi itulah... akhir April, kerusi Guru Perpustakaan dan Media kosong kerana Encik Ramli naik pangkat sebagai Penolong Kanan. saya memang begitu lama teringin menyertai JK Pusat Sumber Sekolah (PSS). I'm crazy on books! di mata saya, PSS ialah buku. tentu seronok. apabila pihak berkenaan membuka iklan, saya bertanya juga seorang dua rakan, dan zura berkata polos: "apa salahnya menghadapi cabaran baru, buat sesuatu yang baru."
begitu begini, saya menerima tawaran mengisi kekosongan itu.

hem, betul-betul cabaran rupa-rupanya. saya mewarisi beberapa ** yang memerlukan perhatian daripada beberapa aspek. malangnya, saya panik dan tidak tahu mahu bermula di mana? terlalu banyak perkara perlu diberi perhatian. syabas Encik Ramli yang menghadapinya dengan tenang. 3 minggu saya sukar lelap, sebaik berbaring di tilam, pelbagai perancangan datang, jam 3.00 pagi baru boleh lena. tekanan darah naik, dan penyakit untuk wanita berusia lebih 35 tahun, mula datang. hebat sungguh penangannya.

Popular Posts