salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

KARYA ANAK-ANAKKU

ABU YANG JAHAT MENDAPAT BALASAN
By Ajmila Zarif

Abu seorang pembuli di sekolahnya. Abu bersekolah di sekolah Kebangsaan Sri Ulu Tembeling.

Pada suatu petang, Abu dan kawan-kawannya bermain bola di padang. Mahdi ialah kawan Abu, Mahdi berkata kepada kawan-kawannya, "Hari semakin gelap, marilah kita pulang." Kata Mahdi. Tiba-tiba Abu berkata kepada Mahdi, "Aku tidak mahu pulang, kamu semua mesti mengikut kata-kataku sebab aku ketua!" Kata Abu dengan marah.

Pada suatu hari, ibu  meminta tolong Abu supaya pergi ke kedai. Ibunya berkata, "Abu, boleh tolong ibu pergi ke kedai?"

Abu pun berkata dengan agak kasar, "Ala...ibu ni, pergilah  beli sendiri, ni suruh orang pulak!" Ibunya sangat sedih selepas mendengar kata-kata anaknya itu.

Pada suatu malam, Abu keluar berjalan-jalan, tiba-tiba Abu ternampak seorang perempuan berambut panjang yang memakai baju putih. Abu menghampiri perempuan itu, perempuan itu menoleh ke belakang. Abu terkejut melihat muka perempuan itu, muka perempuan itu berulat,  berlubang dan bajunya koyak-rabak. Hantu itu mengejar Abu. Setelah sampai di rumah, Abu memeluk ibunya dan meminta maaf atas perbuatan yang telah dilakukan kepada ibu dan kawan-kawannya.

  TAMATLAH CERITA INI.



No comments:

Popular Posts