salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Monday, November 4, 2013

Jujurlah dalam Memberi... RESEPI :)

hi there...

saya ni memang suka benar memasak terutamanya kek. sampai sanggup beli mixer jenama Kenwood yang ribu-riban tu. sekarang tengah kumpul duit nak rembat Kicthen Aid Mixer kaler putih yang memikat tu, yang Ina Garten pakai dalam Barefood Contessa. lebih2 lagi ada member tengah cuti di UK, beza harga dalam 2k. besar pengaruh barangan dlm program memasak ni. terliur tengok clear bowl jernih dalam Giada at Home dan Sugar by Anna Olson. harapnya dapur sendiri akan ada ala2 diaorang punya tools la.

memang tak boleh tinggal program2 ni, sampai dah boleh hafal resepi kek, beza kek dan mufin, beza danish... uish, banyakkkk. dah tau ''vinagret' tu apa kemendanya. macam2lah. pendek kata, dah London habis dah ni. 

cuma, benda alah ni je payah nak buat. resepi kat blog macam2, kalau terai semua teknik diaorang ni, mahu seguni tepung beras agaknya. macam2 cara nak masak apam merekah yang susah benar nak merekahnya. saya memang tak pernah terfikir nak buat apam ni sebab guna tapai. kita memang tak pernah 'deal' dengan ragi kan. kalau nak makan sangat, pakai beli je la. 


ini ambik resepi drp blog yg dirahsiakan namanya
untuk menjaga reputasi blog tersebut, he3
ke laut apam akak...!

adik saya beri resepi guna yis maurippan + nasi sejuk. dia ambil daripada satu blog. memang ada rasa apam tradisional yang arwah emak buat dulu, tapi apamnya taklah merekah macam biasa jual kat gerai kuih (kitaorang kalau buat kuih mesti rujuk standard kedai punya-- boleh jual@tak). 

pastu seharian menggoogle resepi apam yang macam2. ada yang boleh percaya, ada yang ke laut... bukannya apa, depa beri resepi je tapi jenis tepung tak dijelaskan, sukatan satu sudu teh tak bagitau rata ke atau kembung serbuk penaiknya. macam2lah persoalan kalau kita buat apam tak menjadi. api nak pasang besar mana... ayooooo!

mula2 saya salahkan blogger konon beri resepi tak lengkap, tapi bila kaji semula kemungkinan2 tersebut, memanglah banyak rahsia teknik masakan tak diberitahu dalam resepi. bagi resepi buta je gitu. sorry blogger masakan :)

ni resepi daripada kak Zara Najwa (fb) @ Zana Othman. itupun dia beri resepi dan cara yang ringkas je, saya google sendiri beberapa blog dan try & error sendiri. tapi paling best sebab dapat tanya sendiri pada tuan punya resepi dan keluarlah tips apam menjadi kat bawah tu. kena baca semua baru boleh mula buat ha....


Apam Merekah

2 cawan nasi + 1/2 buku ragi -- tapaikan selama 2 malam
(saya tak tahu cara buat tapai ni sebab tak pernah buat dan tak ada ragi)

malamnya (selepas dapat tapai nasi)

1 peket tepung beras cap gajah (100% kandungan beras, cap teratai campur tepung jagung)
2 mug air
1 mug gula
1 cawan tapai nasi (saya guna tapai pulut-- beli je kat pasar)
pewarna makanan
sepeket ENO (biru)

* campurkan semua dalam blender dan kisarkan aje. simpan dalam bekas sampai pagi.
* esoknya sejam sebelum kukus, masukkan ENO peket biru. 

TIPS 
* bubuh dalam acuan 3/4 penuh. MESTI tuang adunan semasa acuan dalam kukusan. AWAS jangan sampai melecur tangan lembut tu.  setiap kali sebelum tuang adunan, selalulah kacau adunan tu biar jangan mendap. 
* pastikan air kukusan betul2 menggelegak, barulah apam kembang setaman. 
* kukus selama 15 minit. biasanya 15 minit dah cukup untuk apam naik dan merekah.
* kalau buat satu adunan penuh, jika nak makan sikit je, kukus sebanyak yang dikehendaki . bakinya boleh simpan dalam peti ais dan kukus bila2  nak makan (cuma tak pasti adunan bertahan berapa hari sebab tak pernah simpan lama). apam ni sedap, satu adunan kejap je habis lebih2 lagi makan dgn kelapa muda parut.

* kalau ragu-ragu, cuba buat separuh sukatan dulu. pastu bila dah menjadi, mulalah meroyan hari-hari nak buat apam, he he he :)

Adunan selepas semalaman. nampak tak naik sangat sebelum bubuh ENO.
lepas bubuh   ENO, adunan akan membuak-buak sampai adunan awal apam mendap ke bawah.
sebab tu kena kacau selalu. 


Inilah rupa apamnya jika kita tuang kat luar kukusan. Lembutnya sama, rasa sama
tapi tak merekah cantik.

Taraaaa.... nothing to say anymore! tunggu parutan
kelapa muda je :)


sisfazi2/11/13@9.00pm

1 comment:

DaNish DAniEl said...

mmg menjadi ikut resepi u..tq2..merekah cantik n gebuss..

Popular Posts