salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Friday, November 29, 2013

Release tension-- Kek Coklat Devil

hi there...

semalam macam lupa diri apabila masuk ke kedai bakery yang baru dibuka. cekap saja tangan mencapai peralatan bakeri termasuk bahan-bahan mentah bagai, dah tak tengok harga dah. memang capai saja macamlah dah ada kebebasan kewangan -- beli apa saja tanpa tengok tanda harga. oh, amannya hidupku semalam!



Menambah 'tools'. Beli apa saja tanpa tengok label dah... Bekas cup cake
tu nak buat buka sekolah nanti. Ajmal dah lama minta nak bawak pi sekolah kasi kawan-kawan. 
sambil-sambil menambah pengetahuan tentang ovellet, gliserin, creamwell, beza soda dan baking powder, akhirnya dapat jugalah kek yang betul-betul rasa macam kat kedai. oh, itu rahsianya ya!!!! sepuluh tahun aku mencari, baru sekarang aku bertemu.

juga menonton Barefood Contessa belajar apa itu ganache, vinaggreit dsb. suka sangat tengok cara dia mengandun kek, mufin dan danish. lebih admirer Kicthen Aid Mixer dia tu, sampai sanggup order nun jauh dari seberang laut meredah salji nan putih bersih, wow!

... dan tidak pernah terfikir di mindaku akan melapis kek pula selepas ini. dulu, asalkan dapat siapkan kek yang anak-anak suka, cukuplah. lepas tu naik setapak lagi, cari cara untuk dapatkan kek yang lembap, kemudian gebusss, lastly nak belajar melapis krim kek dan akhirnya akan bermain dengan fondant dan sugarpaste, insya-Allah. 

resepi ni ambil daripada kat Ita, blogger Azlita Masam Manis, Kek Coklat Devil. dilapisi cream cheese dan ganache. memang lazat dan mewah walaupun rupanya belum capai standard lagi :)

Bermain dengan cake cutter untuk orang yang kalau potong apa-apa, sure
senget macam akak selalu buat :)
Ala-ala dah ni kan... Ada rasa terliur? Jom Google resepi. 

Kek Coklat Devil -- mewah dan lazat. Presentation je failed! Dish pun
failed jugak. Actually, kek ni dibuat untuk release kepala yang tension ya amat.
Tension kerja la, apa lagi kannn... 
 

 Kek Coklat Devil by azlitamasammanis.blogspot.com
tq kak Ita, sedap gilerrrr.... 

No comments:

Popular Posts