salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

CATATAN ATMAKU

Saya agak terperanjat apabila memeriksa ruangan 'Shout Mix' apabila pemilik blog SK Lunas Jaya, Kedah memaki saya kerana menulis komen tentang video persembahan tarian poco-poco yang dimuat naik di youtube yang sebenarnya bukan persembahan guru sekolah mereka tetapi SKLJ di Selangor.

Saya klik capaian di video itu dan pautannya ke laman web SKLJ, Kedah. Siapa ya, yang membuat pautan salah alamat ni? Menyebabkan orang yang kurang peka seperti saya melawat ke laman yang salah... lantas pula menimbulkan kemarahan pengendali laman web sekolah tersebut. Lantas pula pengendali tersebut gagal pula mengawal perasaan marahnya. Untuk pengetahuan beliau, menonton video itu, saya menonton wajah guru-gurunya, bukan tulisan di background pentas. Maaflah...

Walau bagaimanapun, saya sudah memaafkan kata-katanya yang kasar itu dengan harapan dia sedar dan boleh mengawal jejarinya daripada menulis makian dan sumpah seranah yang lebih teruk lagi kerana saya bimbang beliau gagal mengawal perasaan marah. Maklumlah, apa yang kita cakap, tulis, buat, cara bertindak... semuanya mencerminkan personaliti diri kita :)

No comments:

Popular Posts