salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Thursday, October 23, 2008

it's my birthday...I'm a birthday girl!!!





salamz........

pada usia 9 tahun, beralih ke 10 tahun
aku belum berasa apa-apa lagi

dari angka 19 tahun berubah ke 20 tahun
ada gembira di hati
kerana berasa melangkah ke alam dewasa
namun hiba tetap terasa
meninggalkan alam remaja
dewasa tetapi tua??
hari jadiku itu
tiada lagi angka satu...!


29 menganjak ke angka 30 tahun
hiba menjadi ngeri
bagai sudah mendekati mati
cuak dan celaru dalam diri
berapa lagi usia berbaki?
sikap ini...payah untuk diasuh lagi
sudah sebati, bagaimana mahu diadili nanti?


dan...
pada usia aku kini
hanya satu hadiah hari jadi
sempurnakanlah ibadahku, wahai Tuhanku.



saya hairan mengapa orang begitu gembira menyambut hari jadi,
sedangkan mereka patut tahu, setahun usia bertambah,
maka kian singkat masa untuk hidup. apakah pengisian hidup mereka yang membuatkan mereka begitu gembira meraikan hari lahir. Allah, putih hati aku menyerah diri......



rumah terbuka satu budaya?


Assalamualaikum, apa khabar pembaca di luar sana? Bertemu lagi buat kesekian kalinya dalam syahdu Aidilfitri yang kian berada di penghujungnya. Maaflah kerana BS lewat terbit sementelah motivasi kerjapun seperti berada si penghujung juga, bagai Aidilfitri yang kian berlalu.
Seminggu dua ini, rancangan untuk balik kampung atau berjalan keluar dari negeri Pahang ini harus ditunda akibat diari yang penuh dengan jemputan rumah terbuka di sana sini. Kebanyakannya kenalan rapat dan rakan sekerja, tidak pergi serba salah juga.
Hendak diulas di sini, rumah terbuka kini seolah-olah menggantikan budaya kunjung mengunjung pada 1 Syawal. Usaha tuan rumah meraikan rakan taulan yang tidak bersama-sama semasa minggu pertama memang dipuji. Cuma yang tidak sedapnya, ada pula tuan yang rumah yang bertanya: “tiap-tiap tahun kau asyik datang rumah aku saja, bila pula aku boleh datang ke rumah terbuka kamu?”
Rasa hendak dilempar saja juadah yang dimakan ke muka tuan rumah yang sebegitu rupa. Ini hendak menjamu dan meraikan rakan-rakan, atau sengaja hendak menunjuk-nunjuk? Tidak datang nanti, bertanya-tanya pula. Datang setiap tahun, begitu pula reaksinya. Apa pula agaknya ulasan untuk teman-teman yang tidak mengadakan rumah terbuka, ya?
Kepada saya, inilah buruk baiknya rumah terbuka apabila kian membudaya dalam masyarakat Melayu. Seolah-olahnya, hari lain sudah tidak boleh bertandang pula. Jika tujuannya untuk mengeratkan silaturahim, makanya usaha tuan rumah itu sangat digalakkan. Peruntukan pula ada, apalah salahnya meraikan teman-teman. Cuma, jika niat itu terpesong, sia-sia sahaja berhabis wang dan berpenat lelah.
Bagi saya, rumah saya sentiasa terbuka untuk saudara mara dan teman-teman. Datanglah dan kita makan juadah yang ada. Memang adat orang Melayu terutamanya di Pantai Timur ini, kehadiran tetamu akan dirai sebaik-baiknya. Datanglah tidak kira masa, paling tidak mesti menjamu nasi berlauk.
Adakalanya kehidupan di bandar menjadikan saya begitu rindu terhadap suasana desa. Kalau dahulu, waktu petang adalah masa berbual ringan bersama jiran dan rakan-rakan. Selalu juga saya merungut kepada suami, di manalah saudara-mara, rakan taulan pada hari minggu begini, tidak mahukah datang ke rumah kita. Saya ini suka memasak dan menjamu orang, cuma kediaman kami yang mempunyai ruang yang agak terhad ini yang membataskan segala hasrat. Takkan hendak menyewa hotel pula, ya?

usahlah sejengkal jadi sedepa

assalamualaikum.

akhirnya, setelah bisik2 menjadi cakap2, HM kami pun bertukar ke SMK yang sgt dibangga2kannya. iyalah... menurut rakan2 yg pernah bersua dgn beliau di mana2, ceria sungguh bekas HM bercerita tentang sekolah baru beliau yang serba bagus.

well... baguslah utk beliau yg menurut empunya diri, sudah melalui cabaran hebat di tempat lama. he he he...rileks lah beb!

cuma yang tak sedapnya, cerita 'masam' yang kami dapat dari beberapa informer yg boleh dipercayai. janganlah begitu, yang sudah tu, sudahlah. dalam setandan kelapa, tentu ada sebiji dua yang 'komeng'. jika ingin menjual sesuatu, takkan kita nak 'highlight'kan barang yang buruk, kan? kelemahan ada di mana2, kesilapan adakala tidak dapat dielakkan, tapi jangan jadikannya sebab untuk berpatah arang berkerat rotan.

bak kata senior di sini, keburukan dan kesilapan itu jika diperkatakan di belakang, jadi mengumpat....dan jika ditokok tambah perkara yg tidak benar pula, yang sejengkal jadi sedepa..bimbang menjadi fitnah pula. bagaimana?

Tuesday, August 19, 2008

Uwa....

Cinta hatiku... Special Edition dan kalau drive, rasa macam pandu kereta sport :)
Kalau tengah marah, 'dia' ni la yang jadi mangsa kena tekan minyak kuat2. 
pagi yang dingin, hujan renyai2. begitu malas utk bangun pagi dan mandi. tapi, kena gagah juga. masa berlari pantas, takkan nak solat subuh gajah kot?!

selesai bersiap dan pastikan diri jelita, angkat anakanda ke dalam kereta, start dan zooommmm........!! pergi kerja.

saya memang fobia dgn jalan sempit sejak kemalangan ketika berselisih dgn kereta di jln jengka-jerantut setahun lalu. habis side-mirror bengkok dan paling menakutkan, cermin kereta yg pecah bertaburan atas mila yg masih bayi lagi. waktu itu saya memandu utk pulang beraya di kampung. nasib baik mila terus lena di bahu saya. alhamdulillah, umur masih panjang...

so, hujan pagi ini, sekali lagi wira merah saya berselisih dgn lori. x mahu ambil risiko accident, mana tahu kali ini apa pula yg pecah, dgn profesionalnya saya turun ke bahu jalan, dan 'sreetttt.........!!! melambung dgn bunyi pelik.

hem...duit la ni!! memang betul. sebaik sahaja mekanik buka tayar belakang, uwaaaa......!! kedua-dua rim depan belakang sudah terkopak drpd bentuk asalnya.

memang sah kena ganti empat2 rim, dan semestinya dgn tayar2 sekali. aduh, hilang rasanya kesegaran alam pagi yg dibasahi hujan setelah lebih 2 minggu bumi panas terik.

kawn2 tumpang hulur simpati, tidak kurang yg bercanda, namun saya sgt redha. sebab...saya ada slack dgn org lebih kurang RM10, tapi sekarang Allah suruh bayar RM1400! itu baru di dunia, di akhirat nanti, ntah apa yg saya akan dapat.

kesimpulannya, dalam seminggu dua ni mohon Allah lapangkn masa utk pergi semula ke PHP, selesaikan dgn tuan punya badan. Masya-Allah, Astagfirullah.... kak mel, sorry ya?

Thursday, July 31, 2008

MLM--menjana pendapatan dgn pengorbanan

Anak sungai di Hutan Lipur Berkelah tahun 2009. Jernih, sejuk
dan menyamankan. Syoknya berendam seharian di sini -- belum ada
kes kencing tikus!

salamz... penat sungguh pulang dr tmpt kerja pada ptg yang tua ini. seat blkg kereta penuh dgn brgn tupperware, order drpd kwn2.

bermula hanya dgn suka2, membeli utk kegunaan sndiri, x sgka pula hingga kini ada client! tp, sikit2 sajalah...mgkin mewarisi kebolehan berniaga drpd allahyarham bonda tercinta.

mengenai MLM, sudah beberapa kali saya menyertainya, dari modal 300 hinggalah mencecah puluhan ribu. namun, kian byk terdedah, saya menyedari bhw jenis perniagaan ini (atau apa jenis perniagaan sekalipun) memerlukan usaha dan pengorbanan yg bkn sedikit, lebih2 lg apabila anda seorng ibu.

sekiranya usaha anda berhenti maka, masa, tenaga, wang ringgit,semangat dan yg seangkatan dgnnya akan menjadi terbuang begitu shj. dulu, saya rajin menghadiri kelas yg kononnya buat menyuntik semangat yg diadakan every week.

tp, saya ditekan berkali2 ttg perlunya keluar berjumpa pelanggan, prospek dsb bg mengembangkan jaringan saya.

mgkin bg org lain keadaan itu tiada masalah. tp saya seorg pekerja yg perlu berada di pejbt seawal 7.00 pg. tiba di rmh pula hampir 4.00 ptg; dan bkn sekali dua saya pulang hampir 6.00 ptg.

dgn tekanan kerja di pejbt, anak2 yg sdg membesar dan sgt memerlukn perhatian di rumah, urusan rumahtangga yg tdk pernah berhenti, dlm masa yg sama saya perlu menjual sejumlah produk, oh...!!

jd saya rasa ini bkn masanya utk saya serius dlm apa2 bentuk perniagaan MLM.

dlm kelas mingguan, kami ditanya "apa khabar?" dana dijawab beramai2 "luar biasa baik!!!". saya adakalanya tertanya2, apakah beres urusan rumahtangga wanita2 yg menceburi bidang itu, anak2 mereka bagaimana ya? kerja sekolah anak2 siapa yg membantu, jika mereka adalah pekerja pada siangnya, bagaimana agaknya prestasi kerja mereka di tmpt kerja (core business mereka), berapa kali agaknya dlm seminggu keluarga dpt merasa masakan air tgn ibu mereka... dan berbagai2 persoalan ttg tgjawab utama mrk sbg isteri, ibu, pekerja...tidakkah ada rasa penat dan lesu?

saya selalu dengar, jgn jadikan itu sbg halangan, tp saya sgt yakin, jika anda serius dlm bidang MLM, itulah yg perlu anda korbankan. belum lagi disenaraikan tugas mencari prospek, promosi, menjual, membuat akaun, menjaga wang spy tidak 'shot' dan mcm2 tugasan agar perniagaan anda berkembang maju.

cabarannya begini: jika anda bercakap dgn 10 org ttg busines MLM anda, 6 org mungkin mendaftar diri. 3 drpd 6 org mgkin agak aktif, dan jika anda bernasib baik, hanya seorang drpd 3 org itu akan meneruskannya seperti anda. bagaimana? bersedia?

Wednesday, July 30, 2008

jaga diri hiasi peribadi


jumpa lagi... akhir-akhir ini, sudah terdengar bisik-bisik rasa kurang senang dalam kalangan guru-guru tentang gerakan ‘bawah tanah’ segelintir pelajar cemerlang.
Sehingga pada satu tahap, ada yang menyuarakan: “bagaimana ya, mahu mengatasi masalah disiplin pelajar yang berlindung di sebalik kecemerlangan dalam bidang akademik?”
susah juga mahu menjawabnya, sementelah kumpulan kecil ini menjadi buah hati orang besar dalam sekolah.
ada yang menyarankan agar dipanggil untuk sesi ‘brain wash’, tidak kurang mahu membiarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. oh, perlukah sampai begitu sekali?
adakala, sebagai guru di sekolah, bukan sekali dua mereka merungut tentang beratnya mulut pelajar memberi salam ketika berpapasan. Kumpulan ‘bawah tanah’ ini pula memilih guru yang mahu diberi salam atau tidak, mahu menghormati atau tidak.
sebenarnya, sepandai manapun kamu, kamu hanya ada sijil lahir, dan sijil PMR (paling tinggi), selain sijil PEKA dan KAFA. perbandingan ketinggian ilmu itu memang tidak sepadan dengan kamu.
jadi, mahu atau tidak, sehingga kamu berhenti sekolah, jagalah tingkah laku dan perangai kamu. jangan sesekali berasa besar kepala dengan kelebihan yang kamu ada.
pandai tidaknya seorang pelajar itu, sudah tentu ada guru yang memberi tunjuk ajar. hanya itik nila saja yang lahir terus pandai berenang.
janganlah bersikap biadap dengan guru. bimbang tersinggung, walau kata maaf terlafaz, keadaan pasti tidak akan seperti dulu lagi. guru biasa saja, tapi kamu yang akan berasa serba tidak kena. tak gitu?

Selamat Melayari Blog Saya...!

hai there!!! assalamualaikum. selamat melayari blog saya dan selamat berkenalan. inilah saya... in future! anyway, it's my sweetgirl actually. comel, kan? sebagai ibu, saya ingi melahirkan kebimbangan ini. walaupun ia isu lama, namun tetap tak lapuk..it's evergreen. isu penculikan kanak2.
ngeri tangkai hati apabila melepaskan anak keluar pintu apartment, walaupun sekejap. namun, adakala sikap nakal ingin merehatkan diri, si kecil dilepaskan juga dgn harapan jiran tolong sama mengawasi. kalau memikirkan malang tidak berbau, alamat tidak bersosiallah si kecil ini.
namun, saya berazam akan mengawasinya dengan baik, tanpa melepaskan pandangan daripadanya, semoga Allah memelihara keluarga kami. takuttt....!!! cuma, marilah kita sama2 ingat, urusan kita tidak terhenti di dunia sahaja. apapun yg kita lakukan, ada perhitungan di akhirat nanti. pasti!!!

Popular Posts