salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Sunday, December 20, 2009

JUMPA DI LAMAN SEMBANG PULA

salamz......
oh, lama betul meninggalkan catatan di sini. terikut2 demam Facebook. apatah lagi bertemu dengan begitu ramai rakan2 lama semasa di SMJP dan USM, Penang membuat diri begitu leka melayani cerita mereka saban hari. kini, x payah bertelefon lagi untuk bertanya khabar, buka saja lama utama, nah.... terpapar life story masing2, cepat dan mudah. yang dah lama lost contact juga terjumpa semula. apalagi, so many things to talk about.

berakhir 2009, terfikir semula segala yg berlaku semalam. 2008 mencatat memori manis dalam kerjaya. biar bagaimanapun semua itu menjadi milik saya, saya percaya ada sumbangan dan kerja saya yang dinilai dan diadili. usah mempertikai, sebaliknya berusahalah untuk memantapkan kerjaya anda juga. don't judge me...

saya percaya juga, limpahan rezeki itu untuk mengimbangi musibah yang berlaku pada 2009 ini dalam keluarga kecil kami. rezeki yang diberi adalah untuk menghidupi keluarga kami sepanjang 2010 sementara menanti sinar baru yang lebih cerlang.

berat mata memandang, berat lagi bahu kami yang memikulnya. apa pun, segala dugaan dan cabaran akan ditempuh dengan pasrah... Allah tidak memberi beban yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-Nya. permudahkanlah kehidupan kami, ya Allah. salam Maal-Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2010.

Thursday, October 8, 2009

KHAS UNTUK MONEY HUNTERS...!!!

SEKARANG, PERNIAGAAN MLM MENJUAL PELBAGAI PRODUK SANGAT BANYAK... ADA YANG BERJAYA, RAMAI YANG KANTOI. MLM BOLEH HIDUP KERANA ADANYA ORANG-ORANG SPT ANDA... TERLALU INGIN BUAT DUIT SEGERA, NAK KAYA CEPAT DAN SANGAT TERUJA MENAMBAH PENDAPATAN RIBU2 RM... HASRAT ITU TIDAK SALAH... SEMANGAT SUDAH ADA, CARA YANG YANG TIADA.

RAMAI YANG GAGAL TERMASUK SAYA. SUDAH 5 KALI SERTAI PERNIAGAAN MLM, KERING TEKAK PROMOTE PRODUK, UNTUNG RUNCIT DAPAT TAPI KENA KELUAR MODAL TIAP KALI CUSTOMER ORDER BARANG. TIAP BULAN SAKIT SEBAB NAK TUNGGU CUSTOMER BAYAR, ASYIK KENA KELUAR MODAL. BUSINESS JALAN, TAPI HATI TERSANGKUT... BORING TAU!!!

BAB PROMOTE PRODUK LAGI DAHSYAT. KERING JUGAK TEKAK CERITA KEBAIKAN PRODUK, ADA PEMBELI TAPI MODAL TETAP KENA KELUAR SELALU.

ADA MLM YANG PUNYA PRODUK BAGUS, MASYA-ALLAH.... MAHAL!!! MODAL SAMPAI RM20,000. KENA BUAT LOAN BANK RAKYAT PULAK DAH HANYA SEMATA-MATA UNTUK MULA BISNESS... SORRY, NAK HABISKAN STOK PRODUK MAHAL2 BUKAN SENANG... BERBULAN2 KEMPEN KAT KAWAN2, ADA YANG BELI TAPI BAYAR ANSURAN LA... KES TUNGGU JUGA... ADOI, BILALAH NAK BERJAYA NI. TENGOK UPLINE, MACAM SENANG JE DAPAT UNTUNG, KAN???

CAMANE YA? GINILAH... SAYA PERCAYA SEMUA PERNIAGAAN BERMULA DARI BAWAH DGN KONSEP ADA PRODUK, ADA HARGA DAN ADA PEMBELI... JUALLAH APA SAHAJA YG HALAL... DAN, JANGANLAH CEMBURU DENGAN KEKAYAAN ORANG YANG BERNIAGA KERANA USAHA MEREKA UNTUK BERADA DI TAHAP ITU MEMANG SANGAT DAHSYAT. KORBANKAN MASA, TENAGA, USIA, KEHIDUPAN DSB... DAN WANG YANG MEREKA DAPAT MEMANG SETIMPAL DGN PENGORBANAN MEREKA.

ANDA SEDIA UNTUK ITU? SILAKAN. SAYA? CUKUPLAH BERSEDERHANA MELIHAT ANAK2 MEMBESAR DI DEPAN MATA DAN RILEKS MENIKMATI HIDUP YG SINGKAT INI. ALHAMDULILLAH....

Tuesday, August 25, 2009

PESANAN UNTUK APPLE, LOVERS

APPLE, i don't even know you as you just don't know him as well as me. biasanya sejarah akan berulang. kalau kita ambil hak orang, suatu hari nanti orang akan ambil hak kita.

syukurlah saya tidak ambil sesiapa punya, cuma meyelamatkan keadaan, memberi sinar baru suatu masa dulu, kepada orang yang sudah berputus asa.

kalau dia dirampas daripada saya, it's maybe okay. we will be fine to survive. sedih memang sedih, tapi hidup perlu diteruskan. berpisah dengan kucing lagikan sedih,tak gitu?

KELUHAN PERANTAU



hi there...

tanda-tanda 'comunication breakdown' dalam rumahtangga anda:

1. pasangan lebih banyak diam, sediam-diamnya dan tidak respon kepada bicara anda, tiada apa-apa yang kelihatan perlu dibincangkan,
2. sentuhan kini menjadi sesuatu yang merimaskan,
3. lebih banyak mengeluh daripada senyuman,
4. usahlah menghantar mesej sms atau panggilan telefon, tidak dilayan dan tiada perkhidmatan itu untuk anda,
5. anak-anak menjadi perantara jika ada sebarang perkara yang ingin disampaikan,
6.tidur sebilik tetapi anak-anak menjadi sempadan antara anda dan dia, atau anda sentiasa dapat melihat belakangnya sepanjang malam,
7. anda mengambil tindakan 'gila', tapi yang melawat anda di hospital ialah saudara-mara atau rakan-rakan anda, dan dia tidak nampak muka,
8. paling teruk apabila anda ditinggalkan di tepi lebuh raya dan tiada orang berpatah semula untuk 'mengutip' anda di tepi jalan itu... dan tiada rasa ingin meminta maaf walaupun anda menangis sepanjang malam... dalam kata lain: "lantaklah kau!"
9. pasangan anda menyimpan foto perempuan lain... (mengapa dia menjanda ya...? adakah dia penyebab keruntuhan rumahtangganya sendiri?)

itu tandanya, putus sudah kasih sayang. saya boleh terima semua perkara 1-7 di atas sepanjang usia perkahwinan, tetapi apabila perkara ke-8 dan 9 terjadi terjadi kepada para isteri, saya pun membuat kesimpulan bahawa dalam rumahtangga itu sudah tiada kasih sayang, perhatian dan mawaddah.

kasihan anak-anak... ibu akan sentiasa berada di sini untukmu, anak-anakku hingga sampai masa kita perlu meninggalkan semuanya.

wahai lelaki yang masih beristeri di luar sana,
menguruskan orang perempuan sebenarnya sangat mudah. banyakkan komunikasi, tunjukkan sayang anda, sesekali berikan sentuhan 'simple', layanlah percakapannya... maka, we will be all right... semuanya beres.

kata seorang rakan kepada suaminya yang suka meminjam wang (biasalah kami tidak berkira asalkan bahagia); "jika layanan bagus, pinjaman wang itu aku tak ingatpun, kira hangus saja. diberi seikhlas hati. tapi, kalau layanan buruk, hutang tetap hutang walaupun tidak dituntut. tergantunglah roh anak Adam itu antara bumi dan langit kerana tidak melangsaikan hutangnya!"

kami memang berusaha menjadi isteri yang baik, kami tidak bersuara tanpa sebab, kami tidak marah tanpa punca, kami tidak terluka begitu sahaja. kami tahu suami pun tidak berubah sikap tanpa sebab, kami berusaha memahami. akan tetapi, selagi ruang perbincangan itu ditutup, berasakan tiada apa-apa berlaku sedangkan retak menanti belah, usaha terakhir kami hanyalah menunggu. selesakan diri dan senangkan hati.

jumpa lagi...

Monday, July 27, 2009

MEMORI YANG MENGGODA

salam.
lama tidak menulis catatan peribadi di sini dengan satu alasan kuno -- sibuk! jadual penuh 24 jam. agaknya rata-rata wanita berkerjaya dan berkeluarga begitulah. bangaun seawal jam 5.30 pagi (tapi saya memulakan hari jam 6.10 pagi -- tidak boleh lebih awal kerana jika bangun lebih awal daripada angka itu, saya menjadi lembab sepanjang hari!!), ke tempat kerja hingga jam 6 petang (dalam kes saya, paling lewat 5.30 petang jika ada meeting dsb). bersambung dengan urusan di rumah yang tidak pernah selesai.

menurut Midah, "aku kalau balik rumah mesti baring dulu meregangkan urat di sofa empuk aku. oh, indahnya!" seronok hidup seperti Midah, tapi saya tidak pernah dapat memanjakan diri sebegitu. jadual setiap orang kan berbeza?

menemani Haitun -- seorang best friend di USM dulu, ketika dia seminggu terlantar di HTAA, dia mempelawa saya mencari rakan2 lama di lama sosial Facebook. jadi, dengan memanjangkan jadual malam saya, saya melayari laman itu. Oh, sungguh gembira melihat barisan nama2 yang pernah dikenali suatu masa dulu.

terimbas kembali keriangan hidup remaja di universiti. diri berasa muda 10 tahun. betapa masa berlalu begitu pantas. betullah kata orang -- zaman persekolahan dan zaman belajar adalah suatu keindahan yang tidak akan berulang. kini, masing2 hidup dengan jalan sendiri dan dengan cara yang tersendiri. saya gembira melihat ramai teman yang sukses dalam kerjaya masing-masing.

adakala mengeluh juga kerana tidak lagi berkesempatan 'hu ha hu ha' ke sana sini seperti dahulu. namun, hidup perlu diteruskan dengan kebahagiaan yang sedia ada di depan mata. begitu begini, setelah berkeluarga begini, masih banyak cara lain untuk berhibur sementelah bercuti menjadi acara wajib kami sekeluarga.

terima kasih anak-anak yang mengisi kekosongan hidup saya... merekalah yang membuat hidup saya perlu ada target!!

senyum selalu...

Wednesday, April 15, 2009

INSPIRASI SEMILIR 2009

SALAMZ...... Rasa rindu untuk mencatat di sini sudah lama membekam dalam diri. Namun, kesibukan seharian seolah-olah 24 jam yang dianugerah bagai terbuang begitu sahaja. Begitupun, dengan sedikit 'arrangement', pada minggu ini biarpun bekerja 6 hari seminggu, saya berjaya meluangkan kurang lebih 30 minit setiap hari melakukan aktiviti paling saya gemari -- membaca.

Setiap bulan sekurang-kurang ada tiga naskhah majalah dan dua buah buku menunggu untuk ditelaah. Adakalanya membawa ke bulan hadapan, saya masih mencari masa untuk koleksi kegemaran saya. Belum lagi tiga jenis akhbar hujung minggu yang adakalanya bertimbun hingga sebulan sebelum benar-benar berkesempatan membaca.

Minggu ini pula sudah bermula Pesta Buku di PWTC. Saya benar-benar berharap agar bertemu dengan naskhah Warkah dari Eropah, surat Datuk A. Samad Said yang dibukukan. Dulu saya memilikinya sebuah, kecuaian menyebabkannya tercicir entah di mana.

Saya memang hantu buku. Mendiami rumah keluarga, saya memperuntukkan lebih RM1000 menyediakan kerusi goyang kayu jati dan dua rumpun pokok pasuan jenis palma serta juntaian periuk kera di ruang membaca saya. Begitulah... ruang sudah ada, rak juga tersedia dengan bukunya, masa saja perlu disusun lebih teratur.

Oh, paling menarik dan mencabar pertengahan April ini, saya secara tidak sengaja (sebenarnya atas rasa kesedaran dan tanggungjawab juga), memberitahu bos bahawa saya sudah bersedia menyiapkan sebuah majalah tahunan! SEMILIR Edisi 13, 2009 sedang giat menjalankan penggambaran dengan konsep Santai, Mesra dan Berinformasi.

Oh, terpaksa berhenti di sini.

Wednesday, March 4, 2009

Puisi Kecewa Seorang Anak

Di dunia ini
Orang bodoh ada di mana-mana
Yang tak boleh diharap ada di mana-mana
Yang menunggu dan melihat saja
Ada di merata-rata tempat

Celaka ada di mana-mana
Sialan juga ada di merata-rata tempat
Jahanam ada di keliling kita

Kalau bukan engkau berada di tempat aku
Memang engkau hanya akan melihat
Dan menunggu...
Melihat apa akan terjadi seterusnya
Kerana yang terbaring itu bukan engkau. Bukan aku.

Maka,
Kita pun menjadi yang melihat
Yang menunggu
Yang celaka, yang sialan
Yang jahanam
Kerana yang begitu bukan kita
Kerana kita berasa kita tidak akan jadi begitu

Aku pun menunggu
Kerana aku berasa bukan aku yang patut bertindak
Kerana aku bodoh, aku tak boleh harap
Maka aku pun menunggu dan melihat

Kalau sakit, sakitlah
Kalau mengerang, mengeranglah, merintihlah
Kalau mati, matilah
Kerana aku hanya akan melihat
Dan menunggu
Orang cerdik bertindak!


Azalea Zayra,
SMK Lepar Hilir, Kuantan.





Saturday, January 31, 2009

ERTI TRAUMA

BARU TIGA SUAP SAYA MENJAMAH NASI PADA TENGAH HARI 16 JANUARI LALU, SATU MESEJ SMS SAYA TERIMA. BUNYINYA: "AYAH ACCIDENT, KEPALA RETAK, PENGSAN. ADA DI EMERGENCY HOSPITAL TEMERLOH."


MESEJ ITU MENGUBAH SEPENUHNYA DIRI SAYA HINGGA KINI. KAMI BERGEGAS KE HOSHAS, DAN...OH, SAYA BERASA AKAN KEHILANGAN AYAH PADA SAAT ITU! BUKAN SAYA SAHAJA, MALAH KAMI ADIK BERADIK TERMASUK SAUDARA MARA MEMANG SEDANG MERATAPI KEHADIRAN MALAIKAT MAUT.


SEBAIK STABIL, MEREKA MENJAHIT LUKA DI KEPALA AYAH DAN KAMI DIBERITAHU TENGKORAKNYA PECAH (FRACTURE) DAN ADA GELEMBUNG UDARA DALAM OTAKNYA. MAKSUDNYA??? KATA DR. HAFIZ, APABILA MELIBATKAN KECEDERAAN OTAK, SEDIKIT SEBANYAK KESANNYA AKAN KEKAL. SAYA HILANG SUARA UNTUK BERTANYA.


AYAH DIKEJARKAN KE HTAA, KUANTAN DAN TERUS KE ICU. KAMI TURUT MEMECUT LAJU MENGEKORI AMBULANS. SEMPAT JUGA SAYA BERTANYA SUAMI, "BERAPA KELAJUAN AMBULANS INI YA? KITA MENGEJAR DENGAN KELAJUAN 160KM SEJAM PUN, TAK NAMPAK BAYANGNYA...!"


APABILA AYAH DITEMPATKAN KE ICU, BERMULALAH EPISOD TRAUMA DALAM HIDUP SAYA. SEBAGAI WARIS YANG DIBENARKAN MENUNGGU PESAKIT, KAMI DITEMPATKAN DI BILIK MENUNGGU. DI SITULAH KAMI TIDUR BARING SEPANJANG 8 HARI, SAYA TIDAK BERANI PULANG KE RUMAH MENINGGALKAN AYAH SENDIRIAN DI ICU.


SETIAP MASA PENUH SUSPENS... NAMANYA PUN ICU, MAKANYA SESUATU YANG SAYA TIDAK SUKA TENTANG MAJORITI WARIS PESAKIT LAIN YANG MENGINAP BERSAMA-SAMA DI BILIK ITU IALAH: MEREKA SEOLAH-OLAH SENTIASA MENUNGGU BERITA KEMATIAN.


APABILA NURSE DATANG, ATAU PENGAWAL KESELAMATAN MENCARI SESEORANG DI BILIK ITU, SEMUA YANG SEDANG TIDUR WAIMA PUKUL 3.00 PAGI SEKALIPUN AKAN TERBANGUN DAN TERTANYA-TANYA... SIAPA YANG SEDANG TENAT? SIAPA YANG SEDANG NAZAK? SIAPAKAH YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA? SEMENTELAH KEBANYAKAN PESAKIT DI ICU ITU SUDAH TERBARING DI KATIL PALING LAMA 22 HARI! HIDUP DENGAN BANTUAN MESIN SEMATA-MATA, MAKA SUDAH PASTI WARIS INGIN TAHU KEKUATAN PESAKIT MELAWAN KEDATANGAN RATU MAUT.


KAMI BEGITU FOBIA MENDENGAR DERINGAN TELEFON KERANA ITU ADALAH KOD KECEMASAN AMALAN KAKITANGAN ICU IAITU: JIKA ICU MEMBUAT PANGGILAN TELEFON ATAU MENCARI ANDA, BERMAKNA PESAKIT SEDANG NAZAK! KAMI SANGAT SENSITIF DENGAN KEDATANGAN NURSE KE BILIK ITU KERANA HAL ITU JUGA BERMAKSUD: KECEMASAN!!

SEPANJANG LEBIH SEMINGGU DI SITU, SETIAP HARI KAMI MENERIMA BERITA KEPULANGAN PESAKIT KE RAHMATULLAH, SAMPAI ADAKALA SAYA TAHU MEREKA TERTANYA2, BILA PULA GILIRAN PESAKIT YANG KITA TUNGGU INI? DAN... SAYA SELALU HILANG KATA2 UNTUK DIUCAPKAN KEPADA WARIS YANG MENANGISI KEMATIAN PESAKIT. HANYA SEPATAH KATA YANG BEGITU POPULAR DI BILIK MENUNGGU INI -- "SABARLAH..!" SESUNGGUHNYA KAMI SUDAH KERING AIR MATA UNTUK MERATAPI SEBARANG KEMUNGKINAN.

SAYA SENDIRIAN MEMUJUK DIRI PADA HARI-HARI AWAL DI ICU KETIKA AYAH BERJUANG UNTUK HIDUP. SELURUH BADANNYA BENGKAK, DAN TALIAN HAYAT BERSELIRAT PADA BADAN, CUKUP UNTUK MEMBUAT SEORANG TEMAN BERKATA, "OH, ICU INI TIDAK MESRA PELAWAT! BOLEH PITAM DIBUATNYA!"


KUNJUNGAN BOS DAN TEMAN-TEMAN SEKERJA SEBENARNYA MENAMBAH PILU. NAMUN, SANJUNGAN ATAS KEPRIHATINAN MEREKA CUBA BERKONGSI DUKA DAN KEBIMBANGAN SAYA TIDAK TERLAHIR DENGAN KATA-KATA.
SAYA HANYA INGINKAN DOA AGAR SAYA TIDAK MENJADI YATIM PIATU. SAYA TIDAK INGIN MELAWAN TAKDIR, NAMUN SESIAPA YANG PERNAH KEHILANGAN TENTU TAHU BETAPA PAYAHNYA MENELAN KENYATAAN ITU.


TUHANKU.... SEMBUHKANLAH AYAHANDA. BERILAH AYAH KEKUATAN DAN KEREDHAAN ATAS QADA' DAN QADAR YANG TELAH ENGKAU SIAPKAN UNTUKNYA SEJAK DI LUH MAHFUZ LAGI. AMPUNKANLAH DOSA2NYA DAN RINGANKANLAH PENDERITAANNYA. AMIN.

SESUNGGUHNYA, DENGAN KEADAAN AYAH YANG MASIH KRITIKAL WALAUPUN DISAHKAN STABIL, SAYA MASIH TRAUMA. JIKA ANDA INGIN MEMBANTU SAYA, BANTULAH DENGAN USAH MENELEFON SAYA, CUKUPLAH KITA BERHUBUNG MELALUI SMS. SAYA TIDAK BOLEH MENERIMA PANGGILAN TELEFON PADA MASA INI, KECUALI DARIPADA PIHAK HOSPITAL!!


Popular Posts