salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Wednesday, April 15, 2009

INSPIRASI SEMILIR 2009

SALAMZ...... Rasa rindu untuk mencatat di sini sudah lama membekam dalam diri. Namun, kesibukan seharian seolah-olah 24 jam yang dianugerah bagai terbuang begitu sahaja. Begitupun, dengan sedikit 'arrangement', pada minggu ini biarpun bekerja 6 hari seminggu, saya berjaya meluangkan kurang lebih 30 minit setiap hari melakukan aktiviti paling saya gemari -- membaca.

Setiap bulan sekurang-kurang ada tiga naskhah majalah dan dua buah buku menunggu untuk ditelaah. Adakalanya membawa ke bulan hadapan, saya masih mencari masa untuk koleksi kegemaran saya. Belum lagi tiga jenis akhbar hujung minggu yang adakalanya bertimbun hingga sebulan sebelum benar-benar berkesempatan membaca.

Minggu ini pula sudah bermula Pesta Buku di PWTC. Saya benar-benar berharap agar bertemu dengan naskhah Warkah dari Eropah, surat Datuk A. Samad Said yang dibukukan. Dulu saya memilikinya sebuah, kecuaian menyebabkannya tercicir entah di mana.

Saya memang hantu buku. Mendiami rumah keluarga, saya memperuntukkan lebih RM1000 menyediakan kerusi goyang kayu jati dan dua rumpun pokok pasuan jenis palma serta juntaian periuk kera di ruang membaca saya. Begitulah... ruang sudah ada, rak juga tersedia dengan bukunya, masa saja perlu disusun lebih teratur.

Oh, paling menarik dan mencabar pertengahan April ini, saya secara tidak sengaja (sebenarnya atas rasa kesedaran dan tanggungjawab juga), memberitahu bos bahawa saya sudah bersedia menyiapkan sebuah majalah tahunan! SEMILIR Edisi 13, 2009 sedang giat menjalankan penggambaran dengan konsep Santai, Mesra dan Berinformasi.

Oh, terpaksa berhenti di sini.

2 comments:

caterina chalis said...

semilir??? dh edisi 13?? apsal along x penah tau pun???

sis_fazi said...

dah 2 tahun berlalu, sekarang baru berkesempatan menjawab! he he he
SEMILIR Edisi itu disiapkan dengan jayanya, cuma tidak dicetak dan diedarkan di pasaran sbb tiada bajet. bayangkan kerja keras team editorial dibayar dgn khabar sebegitu rupa... itulah kerja orang yg tiada perancangan, pakai suruh saja, bila orang buat, simpan dalam bakul sampah!!!!!

Popular Posts