salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Sunday, September 26, 2010

Kitar Semula -- Fragmen 1

Pernahkah anda terfikir untuk mencapai beg guna semula (recycle bag) setiap kali melangkah keluar untuk pergi membeli-belah atau semasa sengaja 'window-shopping'? Itulah amalan saya setahun dua ini dan situasi yang dilalui adakala melucukan, tidak kurang begitu jengkel untuk dihadapi.

Semalam ketika membayar untuk sekotak piza panas, saya menolak sekali lagi beg plastik yang mereka gunakan dengan memberitahu saya membawa beg sendiri.

"Tak kena bayar, kak," cemas suara juruwang apabila saya menolak beg plastik yang membungkus piza itu.

"Kakaklah pelanggan pertama kami yang menolak beg plastik," beritahu pelayan restoran itu. Disebabkan dia menegur sambil tersenyum, saya mengambil peluang memberi taklimat pendek tentang kebaikan kitar semula. Dahinya berkerut sedikit membayangkan kesukaran untuk bersama-sama menjana sikap prihatin sebegini, manakala juruwang kelihatan agak hairan memandang saya.

Membeli-belah di Giant Supermarket dan membungkus menggunakan beg sendiri mudah kerana mereka faham malah menyokong kempen kitar semula. Sejak beberapa bulan ini, caj RM0.20 dikenakan bagi setiap beg plastik yang diberi kepada pelanggan yang membeli-belah pada setiap Sabtu. Sampai begitu sekali mahu memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan kitar semula.

Namun, mengecewakan apabila ada pasar raya yang tidak mengenakan caj tersebut bagi setiap beg plastik yang diberikan kepada pelanggan pada hari Sabtu. Ada juruwang yang terus memberitahu, "walaupun hari ini Sabtu, kami tidak caj untuk beg plastik, kak."

Malah, masih ada pekerja pasar raya yang mendesak saya menerima beg plastik mereka kerana bimbang dimarah oleh pihak pengurusan. Sungguh cetek pemikiran pemilik dan pihak pengurusan pasar raya dalam soal penggunaan beg guna semula, bukan susah pun! Mereka lebih untung sebenarnya kerana tidak perlu menyediakan beg plastik untuk pelanggan mereka.

Saya mengambil tahu kesan sampah-sarap dan plastik terhadap alam sekitar, dan menjadi satu kegembiraan apabila kita bertindak betul. Saya kerap membawa bekas sendiri ketika membeli kuih untuk sarapan, malah ketika membeli nasi lemak atau mi goreng juga. Sepanjang Ramadan, sesekali ke bazar Ramadan, saya membawa bekas sendiri dan seronok melihat ekspresi wajah peniaga atau pelanggan lain melihat saya menghulur bekas untuk mengisi makanan yang saya beli. Menjadi satu kepuasan apabila kita boleh memperlihatkan contoh kepada orang lain walaupun orang melihat kita sebagai pelik, tidak kurang menunjukkan rasa kurang senang. Biarlah...

1 comment:

caterina chalis said...

TERBAIKLAH!!!! THUMBS UP!!!

Popular Posts