salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Wednesday, April 13, 2011

Mereka Tidak Mengerti

FRGMEN 1
Perkara ini sudah menghantui fikiran saya sejak lama dulu. Malah semakin kerap sejak dua bulan lalu iaitu sejak saya mengambil alih kelas tingkatan 5 Harmoni menggantikan Encik Zulkifli yang bertukar ke SMK Paya Besar.

Perkaranya ialah bagaimanakah cara terbaik mengajar akademik kepada pelajar yang begitu lemah menguasai mata pelajaran di sekolah?
Tadi, saya berselisih dengan Amirul -- saya mengajar kelasnya semasa dia di tingkatan 1, 3 dan 4. Kini, dia di tingkatan 5.

Tahun ini saya mengajar kelas pemulihan menggunakan Program SELAN OSNI yang memenangi Anugerah Inovasi Peringkat Kebangsaan, iaitu satu program membaca yang dikatakan boleh dikuasai dalam tempoh tiga jam. Ya, pelajar berusia purata 14 tahun kenal huruf, tetapi gagal membunyikan gabungan konsonan dan vokal. Telah tiga jam perjumpaan, dan mereka begitu juga. Saya resah dan kasihan.

FRAGMEN 2
Luahannya begitu panjang dan meresahkan...

FRAGMEN 3
Kini, tiap kali saya berselisih dengan Amirul, memandang wajah Syahirah, Norliana, Rashidi, Fazli sementelah lagi... hati selalu berdetik, minda tidak berhenti berfikir, jiwa resah gelisah mencari jawapan, apakah kaedah terbaik untuk mereka? Agar mereka faham kehendak sukatan pelajaran dan hukum peperiksaan bahawa perlu lulus untuk berasa berbaloi sebelas tahun belajar sesuatu di sekolah.

Simpati melimpah, rasa bersalah menghimpun kian hari kian tinggi bebannya. Penawarnya setakat ini hanyalah: aku mengajar dan berpesan kepada mereka tentang realiti kehidupan. Bahawa pelajaran akademik ini hanya secebis bekalan, adakala tidak bergunapun. Bahawa menjadi manusia yang solat itu penting, menghormati sesama manusia itu wajib, mencari rezeki halal itu tuntutan fardhu ain untuk dirimu anak-anak. Bahawa kamu mungkin sangat tercicir dalam bidang akademik, namun untuk meneruskan hidup kamu perlu begini, perlu begitu. Inilah cikgu berpesan, "ingat saya pesan ni..."
"Iya, cikgu. Kami ingatlah ni..." menjawab dalam nada bosan kerana terlalu kerap mendengar pesanan cikgu.

Popular Posts