Sejak-sejak kek coklat mendapat penjenamaan semula sepuluh tahun
yang lalu (saya rasa di luar negara kek ini merupakan pencuci mulut yang biasa
saja), memang ramai benar yang pakar dalam memasak kek ini sama ada menggunakan
teknik bakar atau kukus; menggunakan butter atau minyak masak saja. Juga baking
powder atau soda bikarbonat, serta bermacam-macam ubah suai bahan termasuk
apa-apa saja yang ada di dapur.
Dulu-dulu tiada istilah ‘moist’ dalam menikmati kek coklat. Sekurang-kurangnya
saya tidak pernah dengar. Mungkin sebab itu kek coklat versi awal saya tidak
lembap walaupun masih boleh dinikmati anak-anak.
 |
Kek Pisang -- rekah kemain terlebih tepung. Er, sebenarnya buat tak ikut sukatan. Pakai campak je macam expert :) |
Puas juga belajar dalam tiga tahun ini. Lihat resepi di blog,
rasanya tak mungkin menjadi. Saya puas membakar kek sejak usia belasan tahun,
kek pertama saya menyerupai kuih baulu –- cuma dimasak dalam loyang, cantik
rekah di tengah tapi keras kelengkung terlebih tepung menjadi habuan ayam di
belakang rumah.
MASALAH KEK TIDAK MENJADI
1)
Kerap benar kek saya mendap @ bantat. Pernah sekali,
bapa mertua berkunjung ke rumah saya bersama-sama rakan-rakannya, saya
menghidangkan kek gula hangus dalam bentuk bingka tepung kerana bantat! Keknya padat
dan berminyak-minyak, hanya dijamah sahaja. Malunya terasa hingga kini.
Setelah banyak kali menonton saluran Astro703,
melihat Anna Olson memasak, barulah saya tahu adunan tidak boleh diputar lama
setelah dimasukkan tepung bagi mengelakkan terlalu banyak udara masuk ke dalam
adunan yang boleh menyebabkan kek yang naik cantik, turun semula setelah oven
sejuk. Mana saya tahu, tiada sesiapapun pernah memberitahu teknik mengadun dan
membakar kek.
2)
Saya tidak mesra dengan baking powder kerana bagi
saya serbuk penaik itu tidak membantu kek saya naik. Kek saya selalu turun
semula! Rupa-rupanya tersalah teknik mengadun tepung. Kasihan serbuk penaik
yang tidak bersalah itu. Saya lebih percaya kepada soda bikarbonat dan tidak
pernah mencuba resepi yang menggunakan serbuk penaik. Bimbang kek bantat lagi.
Itupun saya tidak begitu percaya kepada soda
ini menyebabkan saya menambah sukatannya kalau merujuk resepi kek. Maka,
selalulah kek coklat saya tidak boleh dimakan kerana rasa soda yang ketara –
payau! Kasihan saya L
Baik buruknya perangai, saya tidak pernah
mengadun kek menggunakan tepung kek, tidak mencabar. Adunan saya klasik –
tepung gandum biasa saja. Cuma teknik yang salah digunakan bertahun-tahun.
3)
Masalah lain ialah kek saya kering dan berderai. Teksturnya
kasar dan tidak gebu walaupun boleh dimakan. Selalu kalau saya menyediakan kek
ketika Hari Raya atau jamuan, kek saya paling lambat habis.
Teknik lagi rupa-rupanya. Saya tidak faham
istilah gebu dalam memukul butter. Pakai pukul saja sampai kembang tapi tiada
penanda aras ‘apakah kembang itu’? setelah lebih kurang 20 tahun, barulah saya
tahu pukul sampai kembang tu apa... Malangnya nasib saya. Lembab betul!
Resepi hanya cakap ‘pukul sampai kembang’. Seminit
dua adunan butter dan gula dalam mangkuk adunan, siap. Terus tambah telur. Macam
mana nak gebu?
Rupa-rupanya, istilah ‘gebu’, ‘ringan’ dan ‘kembang’
ialah butter atau marjerin biasa yang dipukul perlu diputar hingga bertukar
warna dan gula pasir terasa halus. Bukan seminit dua, tapi saya pernah putar
butter guna heavy duty mixer high speed sampai 45 minit! Ambik kau, butter. Sempat
kemas rumah bagai.
 |
Kek Coklat mula-mula belajar. macam nak jadi bengkang pun iya jugak. gebu jauh sekali. Bukan lembap tapi basah kot :) Tabur gula kat atas sebab kurang manis, he3 |
Usah percaya masa memutar butter dalam
rancangan masakan, nampak sekejap saja kek dah naik cantik. rancangan masakan
telah disunting untuk tempoh masa persembahan. Nak dapat adunan ringan kena
ambil masa. Sekali saja menggunakan teknik yang tepat ini, kek kemain gebunya!
Cair dalam mulut.
 |
Buttercake kot-- yang tak gebu. Boleh dimakan panas2 sedap la. Masih tak puas hati dengan hasilnya. Ini sekitar tiga tahun yang lalu :) |
Office mate tukang rasa dan komen untuk
meningkatkan hasil persembahan. Syok la depa dapat makan kekadang seminggu
sampai dua kali ma... Anyway, tq Kak Mimi, Madam Ooi, Lim Chee Lee, Shima dan
pakar kek, Siti yang sudi makan dan komen. Kadang-kadang bengang juga, tapi
untuk kek yang lazat ikut standard hotel (bukan standard kedai kek yang cantik
dipandang saja, ya), tabahkan hati dan cuba lagi.
Juga terima kasih kak Zana yang beri resepi
yang hebat walaupun saya ada 10 resepi kek coklat moist. Beliau tidak kedekut
teknik serta tips melayan saya walaupun saya riuh rendah bertanya. Resepi memang
banyak, tapi tanpa teknik dan cara yang betul, kek coklat anda tidak akan gebu.
lembap dan lazat.
Bahan Kek Coklat
* Ada orang guna butter, marjerin atau minyak masak. Sudah tentu
rasanya berbeza-beza. Lebih berkualiti bahan yang anda gunakan, tentulah
hasilnya lebih lazat.
 |
Lagi Buttercake. Bubuh 4 bahan. Kira ok la tapi belum gebu lagi. Tu yang tabur kismis kasi anak selera sikit :)
|
* Ada orang guna baking powder @ serbuk penaik atau soda
bikarbonat tapi kata Siti, bahan-bahan ini elok kalau bekerja bersama-sama
 |
Kek Coklat yang ni resepi Delima Suasa. Pakai minyak masak & soda. Bakar. Saja guna loyang nipis sebab takut tak naik. Rasa? Rasa soda bikarbonat sebab lebihkan sukatan takut tak naik, he3. Cerita lama ni... |
 |
Terlebih soda jadi macam Kek Gula Hangus pulak! Lagi kes tak percaya peranan soda. |
* Ada pula tukang masak amatur ni yang guna tepung kek @ superfine, sure menjadi dari
segi rasa tapi gebukah? Saya guna tepung biasa saja
* Teknik memasak – bakar atau kukus. Bagi saya kalau
kukus bukan kek tapi apam. So, tak pernah cuba kukus. Cuma sejak cuba guna
teknik kukus sekali, kek lebih lembap rupa-rupanya.
* Masa memasak kek dan suhu. ><180 span="">° selama 40 minit. Semuanya bergantung
pada saiz adunan, saiz loyang dan kepanasan oven anda. Dulu-dulu guna oven
dahulukala cap Rama-Rama, tentulah masa dan suhu berbeza. Paling penting
sentiasa pantau oven, cucuk dengan lidi setelah nampak kek naik dan kering di
bahagian atasnya. Ini kemahiran yang perlu dipraktiskan sentiasa sebab sukar
untuk dihuraikan dengan tulisan tanpa praktik.
...bersambung :)