cuti sekolah, ramai rakan sekerja yang sedang enak bercuti, tapi diri sendiri ini kenalah bertugas menyahut panggilan profesion. bukan mudah nak menempatkan diri dalam kalangan profesional, kena selalu refresh diri dan pengetahuan kena tambah. tak bolehlah sentiasa rileks. at least, hujung-hujung tahun ini otak bekerja juga.
cuaca hujan, dingin dan beku. sejuk-sejuk begini, kek panas tiada. hanya yang ada ialah Puding Roti Bercoklat, cukuplah. berdesing telinga suap puding sejuk dalam mulut :)
![]() |
Gambar puding kurang menarik sebab belum mahir teknik fotografi :) So, kita gantikan dengan peralatan bekerja di musim cuti sekolah ni. Memang banyak pakai pen merahhhh!! |
Puding Roti Bercoklat
Bahan-bahan:-
1 peket agar-agar 25gm
2 1/2 peket air (guna peket agar-agar tu je)
3 buku roti manis (lebihan sarapan yang x laku, nak guna roti sandwich pun no problem)
1 cwn gula (sesuaikan rasa dengan lidah anda, kurangkan manis dalam makanan *_*)
1 tin susu cair
2 biji telur
2 sb serbuk koko@pekatan koko/cocoa flavor
Cara-cara:-
Didihkan agar-agar guna . biar betul-betul larut baru masukkan gula.
blender susu cair + roti. tuangkan ke dalam periuk agar-agar. matikan api.
asingkan kepada dua bekas. satu bekas campurkan dengan serbuk koko, kacau pakai wisk.
tuang adunan yang putih dulu, pastu tindan dengan adunan koko.
masuk fridge. siap!
No comments:
Post a Comment