salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Sunday, December 29, 2013

Buku Kerja, Keperluan Pelajar atau Keperluan Guru?

Aduh, mental sikit kepala mendengar jeritan si kecil Audra yang dapat kemahiran baru menggunakan suaranya! Jerit. Alahai, baby!

Wel, well, well! Akhirnya cuti sekolahpun berakhir. Kurang seminggu lagi anak-anak akan kembali ke sekolah. Tahun ini, awal-awal lagi sebelum cuti saya sudah ajak anak-anak berbincang dan fahamkan mereka bahawa memulakan persekolahan awal tahun baru tidak bererti semuanya baru.

Justeru, Ajmal hanya inginkan sepasang kasut baru kerana kasutnya sudah koyak dan si Mila menambah inginkan tudung awning kerana sukar benar bersiap membetulkan kerudung kain licin sepanjang tahun ini. Kurang dua helai tudung untuk diseterika, bagus!

Kecuali si Ajmal terpaksa menambah dua helai seluar kerana seluar lama tidak boleh dicangkuk gara-gara perut kemain naiknya cuti sekolah ini, pembelian lain mengikut rancangan. Kami berbelanja kurang RM200 untuk dua beradik itu menyediakan kelengkapan sekolah -- hanya dua pasang kasut, dua helai seluar dan dua helai tudung dan sepasang baju Melayu. Pakaian lain masih elok dan bersih.

Cuma saya kira senarai bayaran daripada pihak sekolah sahaja yang agak tinggi. Pelbagai buku tambahan kepada buku teks. Saya hairan apa perlunya buku-buku tambahan sebegitu kerana bagi saya sebagai guru, buku teks menyediakan skop pembelajaran dan latihan yang cukup untuk murid-murid menguasai kemahiran yang diperlukan pada tahun tersebut. Guru perlulah kreatif mengolah soalan latihan berdasarkan mod pembelajaran dan kemahiran yang terdapat dalam buku teks.

Pada hemat saya, hanya guru yang perlukan buku rujukan untuk mengolah soalan latihan dan menambah teknik dalam proses penyampaian bahan kepada murid-murid. Usah bebankan ibu bapa dengan senarai bahan latihan yang adakalanya tidak habispun digunakan apabila sesi persekolahan berakhir.

Sekolah Agama Rakyat (SAR) juga rasanya mempunyai peruntukan daripada pihak berkenaan untuk melengkapi pelajar dengan bahan pengajaran. Yuran (atau entah bayaran apa) lebih RM200 seorang perlu dibayar termasuk enam buah buku latihan dan 10 buah buku tulis saya rasa jumlahnya agak besar untuk buku sebanyak itu.

Seperkara lagi, jumlah buku tulis yang telah dipek oleh pihak kedai sekolah sebenarnya melebihi keperluan. Setiap tahun tidak kurang lima buah buku tidak digunakan, belum lagi buku tulis yang hanya ditulis sehelai dua muka surat; lepas itu beratlah anak membawa buku tiap-tiap hari tapi tidak digunakan hingga tepinya bergulung. Sudah tentu anak tidak mahu guna lagi buku itu untuk tahun akan datang. Budak-budak memang ingin buku baru tiap kali  sesi sekolah yang baru -- agar semangat tidak luntur. Saya kira pihak sekolah perlu menilai semula keperluan buku tulis agar penggunaannya maksimum, diperlukan dan  tidak bertindan dengan buku kerja.

Diharap juga guru-guru terutamanya guru mata pelajaran PJK, Muzik dan Seni menggunakan sepenuhnya buku tulis, usah memberi nota sehelai dua muka surat, lepas itu buku kosong hingga akhir tahun. Hal ini setiap tahun terjadi kepada anak saya. Mujurlah si Mila suka melukis komik dan menulis cerita, tidaklah membazir begitu sahaja.

Adakah anda menghadapi perkara yang sama? Usah ambil mudah. Sedikit tindakan mungkin boleh mengelakkan pembaziran. Tindakan saya:-

1. Sering mengutip buku tulis yang murid suka sangat buang setiap akhir tahun -- jilidkan dan menjadi buku conteng untuk anak-anak.
2. Kumpul kertas A4 terbuang di bilik cetak, jilidkan dan jadikan buku nota semasa mesyuarat, kertas memo atau menyalin resepi.
3. Ambil masa tapis buku-buku tulis anak-anak yang masih banyak halaman kosong dan jadikan buku kira-kira @ nota untuk anak-anak.
4. Apabila semua sudah digunakan, masuk dalam beg recyle dan hantar ke pusat pengumpulan sampah. RM RM RM masyukkkk. Jumlahnya memang kecil tapi setakat ini sudah dapat membeli beberapa barang hasil jualan kertas, tin dan plastik. Bukannya terdesak duit, tapi menyahut seruan mengitar semula barangan. Perkara baik tiada salahnya diamalkan. Anak-anakpun dah faham perlunya mengasingkan sampah.

Selamat mencuba, semoga istiqamah :)

29122013@1128hrs








2 comments:

Pok Li said...

Langkah Bijak untuk berjimat.....

Unknown said...

Suka dengan cara ni. Nak ikut la cara jmat cermat ni lepas ni... hihihi.

Popular Posts