salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Saturday, January 31, 2009

ERTI TRAUMA

BARU TIGA SUAP SAYA MENJAMAH NASI PADA TENGAH HARI 16 JANUARI LALU, SATU MESEJ SMS SAYA TERIMA. BUNYINYA: "AYAH ACCIDENT, KEPALA RETAK, PENGSAN. ADA DI EMERGENCY HOSPITAL TEMERLOH."


MESEJ ITU MENGUBAH SEPENUHNYA DIRI SAYA HINGGA KINI. KAMI BERGEGAS KE HOSHAS, DAN...OH, SAYA BERASA AKAN KEHILANGAN AYAH PADA SAAT ITU! BUKAN SAYA SAHAJA, MALAH KAMI ADIK BERADIK TERMASUK SAUDARA MARA MEMANG SEDANG MERATAPI KEHADIRAN MALAIKAT MAUT.


SEBAIK STABIL, MEREKA MENJAHIT LUKA DI KEPALA AYAH DAN KAMI DIBERITAHU TENGKORAKNYA PECAH (FRACTURE) DAN ADA GELEMBUNG UDARA DALAM OTAKNYA. MAKSUDNYA??? KATA DR. HAFIZ, APABILA MELIBATKAN KECEDERAAN OTAK, SEDIKIT SEBANYAK KESANNYA AKAN KEKAL. SAYA HILANG SUARA UNTUK BERTANYA.


AYAH DIKEJARKAN KE HTAA, KUANTAN DAN TERUS KE ICU. KAMI TURUT MEMECUT LAJU MENGEKORI AMBULANS. SEMPAT JUGA SAYA BERTANYA SUAMI, "BERAPA KELAJUAN AMBULANS INI YA? KITA MENGEJAR DENGAN KELAJUAN 160KM SEJAM PUN, TAK NAMPAK BAYANGNYA...!"


APABILA AYAH DITEMPATKAN KE ICU, BERMULALAH EPISOD TRAUMA DALAM HIDUP SAYA. SEBAGAI WARIS YANG DIBENARKAN MENUNGGU PESAKIT, KAMI DITEMPATKAN DI BILIK MENUNGGU. DI SITULAH KAMI TIDUR BARING SEPANJANG 8 HARI, SAYA TIDAK BERANI PULANG KE RUMAH MENINGGALKAN AYAH SENDIRIAN DI ICU.


SETIAP MASA PENUH SUSPENS... NAMANYA PUN ICU, MAKANYA SESUATU YANG SAYA TIDAK SUKA TENTANG MAJORITI WARIS PESAKIT LAIN YANG MENGINAP BERSAMA-SAMA DI BILIK ITU IALAH: MEREKA SEOLAH-OLAH SENTIASA MENUNGGU BERITA KEMATIAN.


APABILA NURSE DATANG, ATAU PENGAWAL KESELAMATAN MENCARI SESEORANG DI BILIK ITU, SEMUA YANG SEDANG TIDUR WAIMA PUKUL 3.00 PAGI SEKALIPUN AKAN TERBANGUN DAN TERTANYA-TANYA... SIAPA YANG SEDANG TENAT? SIAPA YANG SEDANG NAZAK? SIAPAKAH YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA? SEMENTELAH KEBANYAKAN PESAKIT DI ICU ITU SUDAH TERBARING DI KATIL PALING LAMA 22 HARI! HIDUP DENGAN BANTUAN MESIN SEMATA-MATA, MAKA SUDAH PASTI WARIS INGIN TAHU KEKUATAN PESAKIT MELAWAN KEDATANGAN RATU MAUT.


KAMI BEGITU FOBIA MENDENGAR DERINGAN TELEFON KERANA ITU ADALAH KOD KECEMASAN AMALAN KAKITANGAN ICU IAITU: JIKA ICU MEMBUAT PANGGILAN TELEFON ATAU MENCARI ANDA, BERMAKNA PESAKIT SEDANG NAZAK! KAMI SANGAT SENSITIF DENGAN KEDATANGAN NURSE KE BILIK ITU KERANA HAL ITU JUGA BERMAKSUD: KECEMASAN!!

SEPANJANG LEBIH SEMINGGU DI SITU, SETIAP HARI KAMI MENERIMA BERITA KEPULANGAN PESAKIT KE RAHMATULLAH, SAMPAI ADAKALA SAYA TAHU MEREKA TERTANYA2, BILA PULA GILIRAN PESAKIT YANG KITA TUNGGU INI? DAN... SAYA SELALU HILANG KATA2 UNTUK DIUCAPKAN KEPADA WARIS YANG MENANGISI KEMATIAN PESAKIT. HANYA SEPATAH KATA YANG BEGITU POPULAR DI BILIK MENUNGGU INI -- "SABARLAH..!" SESUNGGUHNYA KAMI SUDAH KERING AIR MATA UNTUK MERATAPI SEBARANG KEMUNGKINAN.

SAYA SENDIRIAN MEMUJUK DIRI PADA HARI-HARI AWAL DI ICU KETIKA AYAH BERJUANG UNTUK HIDUP. SELURUH BADANNYA BENGKAK, DAN TALIAN HAYAT BERSELIRAT PADA BADAN, CUKUP UNTUK MEMBUAT SEORANG TEMAN BERKATA, "OH, ICU INI TIDAK MESRA PELAWAT! BOLEH PITAM DIBUATNYA!"


KUNJUNGAN BOS DAN TEMAN-TEMAN SEKERJA SEBENARNYA MENAMBAH PILU. NAMUN, SANJUNGAN ATAS KEPRIHATINAN MEREKA CUBA BERKONGSI DUKA DAN KEBIMBANGAN SAYA TIDAK TERLAHIR DENGAN KATA-KATA.
SAYA HANYA INGINKAN DOA AGAR SAYA TIDAK MENJADI YATIM PIATU. SAYA TIDAK INGIN MELAWAN TAKDIR, NAMUN SESIAPA YANG PERNAH KEHILANGAN TENTU TAHU BETAPA PAYAHNYA MENELAN KENYATAAN ITU.


TUHANKU.... SEMBUHKANLAH AYAHANDA. BERILAH AYAH KEKUATAN DAN KEREDHAAN ATAS QADA' DAN QADAR YANG TELAH ENGKAU SIAPKAN UNTUKNYA SEJAK DI LUH MAHFUZ LAGI. AMPUNKANLAH DOSA2NYA DAN RINGANKANLAH PENDERITAANNYA. AMIN.

SESUNGGUHNYA, DENGAN KEADAAN AYAH YANG MASIH KRITIKAL WALAUPUN DISAHKAN STABIL, SAYA MASIH TRAUMA. JIKA ANDA INGIN MEMBANTU SAYA, BANTULAH DENGAN USAH MENELEFON SAYA, CUKUPLAH KITA BERHUBUNG MELALUI SMS. SAYA TIDAK BOLEH MENERIMA PANGGILAN TELEFON PADA MASA INI, KECUALI DARIPADA PIHAK HOSPITAL!!


2 comments:

cik pena hitam said...

kenape x leh bace ni???????

sis_fazi said...

ayah telah berpulang ke rahmatullah pada 28 Ogos 2009 (7 Ramadhan)setelah hampir 8 bulan terlantar akibat kemalangan tersebut. al-Fatihah...

Popular Posts