
salamz........ pada usia 9 tahun, beralih ke 10 tahun aku belum berasa apa-apa lagi dari angka 19 tahun berubah ke 20 tahun ada gembira di hati kerana berasa melangkah ke alam dewasa namun hiba tetap terasa meninggalkan alam remaja dewasa tetapi tua?? hari jadiku itu tiada lagi angka satu...! 29 menganjak ke angka 30 tahun hiba menjadi ngeri bagai sudah mendekati mati cuak dan celaru dalam diri berapa lagi usia berbaki? sikap ini...payah untuk diasuh lagi sudah sebati, bagaimana mahu diadili nanti? dan... pada usia aku kini hanya satu hadiah hari jadi sempurnakanlah ibadahku, wahai Tuhanku. saya hairan mengapa orang begitu gembira menyambut hari jadi, sedangkan mereka patut tahu, setahun usia bertambah, maka kian singkat masa untuk hidup. apakah pengisian hidup mereka yang membuatkan mereka begitu gembira meraikan hari lahir. Allah, putih hati aku menyerah diri...... |
No comments:
Post a Comment