salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Wednesday, July 30, 2008

jaga diri hiasi peribadi


jumpa lagi... akhir-akhir ini, sudah terdengar bisik-bisik rasa kurang senang dalam kalangan guru-guru tentang gerakan ‘bawah tanah’ segelintir pelajar cemerlang.
Sehingga pada satu tahap, ada yang menyuarakan: “bagaimana ya, mahu mengatasi masalah disiplin pelajar yang berlindung di sebalik kecemerlangan dalam bidang akademik?”
susah juga mahu menjawabnya, sementelah kumpulan kecil ini menjadi buah hati orang besar dalam sekolah.
ada yang menyarankan agar dipanggil untuk sesi ‘brain wash’, tidak kurang mahu membiarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. oh, perlukah sampai begitu sekali?
adakala, sebagai guru di sekolah, bukan sekali dua mereka merungut tentang beratnya mulut pelajar memberi salam ketika berpapasan. Kumpulan ‘bawah tanah’ ini pula memilih guru yang mahu diberi salam atau tidak, mahu menghormati atau tidak.
sebenarnya, sepandai manapun kamu, kamu hanya ada sijil lahir, dan sijil PMR (paling tinggi), selain sijil PEKA dan KAFA. perbandingan ketinggian ilmu itu memang tidak sepadan dengan kamu.
jadi, mahu atau tidak, sehingga kamu berhenti sekolah, jagalah tingkah laku dan perangai kamu. jangan sesekali berasa besar kepala dengan kelebihan yang kamu ada.
pandai tidaknya seorang pelajar itu, sudah tentu ada guru yang memberi tunjuk ajar. hanya itik nila saja yang lahir terus pandai berenang.
janganlah bersikap biadap dengan guru. bimbang tersinggung, walau kata maaf terlafaz, keadaan pasti tidak akan seperti dulu lagi. guru biasa saja, tapi kamu yang akan berasa serba tidak kena. tak gitu?

No comments:

Popular Posts