salam kasih sayang berpanjangan...

Selamat datang dan selamat berkenalan kepada semua 'blogwalking'. Kalau dah menjengah tu, tinggalkanlah mesej supaya saya dapat 'walking' ke blog anda pula. ahaks :)
"It's good to know something new."

Tuesday, June 22, 2010

kerjaya baru... suasana baru

Dear myself…

Minggu ini (sebenarnya bermula seblum cuti penggal 5-20 Jun 2010), kalangan rakan sudah hangat memperkatakan tentang tawaran kerjaya Pensyarah di Pusat Matrikulasi KPM yang diterima oleh beberapa rakan sekerja. Ucapan tahniah berlegar di udara, manakala individu yang menerima berita dengan perasaan gembira bercampur resah barangkali. Gembira kerana kerjaya bertambah sinar gemilangnya, bresah kerana Pusat Matriks yang agak berjarak dengan kediaman.

Kepada saya, memohon dan menerima sebarang tawaran daripada mana-mana Jabatan selain sekolah merupakan satu escapism terhadap kelelahan menghadapi kerenah pelajar sekolah yang pelbagai. Jika sekolah harian biasa, seribu masalah boleh disenaraikan membuatkan hanya yang kental atau tiada pilihan boleh bertahan hingga tarikh bersara. Pergilah ke mana-mana sekolah harian biasa, jika niat anda untuk tidak terlibat dengan seribu cabaran itu, pasti harapan anda musnah.

Kau redahi tujuh belantara beronak duri,
Kau rentasi tujuh padang pasir terbentang tidak bertepian,
Kau renangi tujuh lautan api,
Jika niatmu ingin lari daripadaku;
Kita tetap akan bertemu…
Tetap bertemu jua…!

Apapun, bertugas dengan pelanggan yang terdiri daripada pelajar terpilih daripada keputusan SPM yang cemerlang seribu kali lebih mudah. Dengan tawaran kenaikan pangkat yang menggoda, pastilah sesiapapun akan meninggalkan bilik guru untuk berpindah ke bilik individu sebagai Pensyarah pula. Sementelah beban tugasan yang renyah selama ini sudah terangkat daripada bahu yang memikul, malah peluang melanjutkan pelajaran dengan biasiswa penuh juga terbuka luas. Oh, tidak teringinkah yang masih tinggal?

Kepada Zura, Ain, Ros, Idra dan Syam, selamat bertugas di tempat baru. Semoga harapan agar kelegaan dalam menjalankan tugas akan terpenuh. Selamat menyambung pelajaran dan damailah di Matriks sana. Kami guru-guru di sini akan meneruskan kelestarian Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan semangat membara.

p/s: Kalau semangat menyejuk, kami juga akan menyusul kalian nanti….he he he

No comments:

Popular Posts